suria

Sayangkan anak? Ambillah imunisasi elak maut akibat difteria

Kanak-kanak yang tidak menerima imunisasi berisiko dijangkiti wabak difteria. Gambar sekadar hiasan/Bernama

JANGKITAN difteria adalah sejenis infeksi bakteria yang mudah tersebar melalui sentuhan fizikal dan titisan cecair dan ia berlaku dengan pantas.

Difteria ini menyerang sistem pernafasan terutamanya pada bahagian hidung dan tekak.

Wabak akut tersebut sering menjangkiti mereka yang tinggal di kawasan kependudukan padat, tidak bersih, tidak mendapat khasiat badan yang mencukupi dan tidak mengambil imunisasi.

Pada 15 Oktober lalu, seorang kanak-kanak berusia 14 bulan di Johor Bahru maut disyaki berpunca daripada jangkitan difteria yang teruk dan kegagalan multiorgan.

Tambah mengejutkan, kanak-kanak malang itu tidak pernah menerima sebarang imunisasi difteria kerana keluarganya enggan menerima imunisasi.

Penyakit ini mudah merebak pada musim sejuk dan melibatkan kanak-kanak bawah umur 15 tahun yang gagal mendapatkan imunisasi.

Contoh pembentukan selaput lembut berwarna kelabu di sekitar tekak. Foto: Kementerian Kesihatan

Kejangkitan

1. Wabak ini sangat mudah berjangkit

2. Cara jangkitan adalah melalui bersin, batuk dan ketawa

3. Ia juga boleh merebak daripada objek yang pernah disentuh atau digunakan oleh mereka yang sudah dijangkiti difteria

Punca

1. Difteria berlaku disebabkan oleh mikroorganisma bakteria yang di kenali sebagai Corynebacterium diphtheriae

2. Sesetengah bakteria ini menghasilkan toksin yang menjadi penyebab komplikasi difteria yang sangat serius

3. Toksin yang dilepaskan akan menyebabkan perkara berikut:

* Menghalang pengeluaran protein oleh sel
* Memusnahkan tisu pada tapak jangkitan
* Membawa kepada pembentukan membran
* Masuk ke dalam aliran darah dan tersebar di sekeliling tisu badan
* Menyebabkan keradangan hati dan kerosakan saraf
* Boleh menyebabkan kiraan platelet rendah atau thrombocytopenia dan menghasilkan protein dalam air kencing (proteinuria)

Imej bakteria Corynebacterium diphtheriae. - Foto Alamy.com

Simptom

1. Pada peringkat awal, difteria menyebabkan seseorang mengalami sakit tekak yang teruk, demam dan rasa bengkak pada bahagian leher

2. Berlaku keradangan yang berpunca daripada pembebasan sitotoksin dan membentuk selaput lembut berwarna kelabu di sekitar tekak

3. Sukar bernafas dan menelan kerana tekak berasa sakit

4. Penglihatan berganda

5. Percakapan jadi tidak jelas

6. Kulit menjadi pucat, degupan jantung pantas, berpeluk dan kelihatan cemas

Pencegahan

1. Semua individu yang membuat perjalanan ke luar negara perlu mendapatkan vaksin

Pengambilan vaksin boleh mencegah jangkitan difteria. - Foto AFP

2. Pengambilan vaksin difteria, tetanus dan pertusis (DTP) atau toksoid difteria

3. Sekurang-kurangnya tiga dos vaksin toksoid difteria perlu diambil dan disuntik ke dalam otot

Rawatan

1. Antitoksin diberikan selepas spesimen bakteria diambil tanpa menunggu keputusan ujian

2. Antibiotik tidak boleh menggantikan antitoksin

difteria

Artikel Lain