suria

Jangan main-main! Ketahui 7 mudarat termasuk kegagalan buah pinggang jika badan kurang air

Pelbagai kesan sampingan yang memudaratkan akan berlaku jika anda tidak minum air secukupnya. - Gambar hiasan/Bustle

JANGAN pandang remeh keperluan untuk minum air secukupnya setiap hari.

Air mampu mendatangkan pelbagai keajaiban berbanding makanan atau apa sahaja yang anda masukkan ke dalam tubuh.

Jadi, apakah yang akan berlaku terhadap tubuh anda sekiranya berlaku dehidrasi atau kehilangan air?

Ketahui tujuh perkara yang bakal terjadi sekiranya anda tidak minum air pada kadar yang mencukupi.

Kekurangan plasma akan menyebabkan darah lebih tepu. - Gambar hiasan/Biotest Plasma Centers

1. Paras plasma menurun

Apabila jumlah air dalam badan tidak mencukupi, komponen cecair pada darah yang dipanggil plasma mempunyai kekurangan bahan untuk mengekalkan sel darah dalam keadaan cair.

Tanpa jumlah plasma yang mencukupi, sel darah merah akan menjadi lebih tepu.

Ini akan menyebabkan proses penghantaran protein, mineral, nutrien dan oksigen kepada tubuh bertambah sukar.

Rentakan jantung menurun apabila jumlah darah tidak mencukupi. - Gambar hiasan/Pharmaceutical Technology

2. Jantung perlu bekerja lebih masa

Pengurangan jumlah darah akan mengakibatkan darah semakin pekat dan rentakan jantung turut menurun.

Situasi ini akan mempengaruhi kemampuan jantung membekalkan minyak kepada otot manusia.

Secara mudahnya, jantung perlu bekerja lebih keras untuk mengepam jumlah 'minyak' kepada otot-otot.

Dehidrasi akan menyebabkan sakit kepala. - Gambar hiasan/The Doctor Weighs In

3. Sakit kepala

Darah yang semakin pekat akan memberikan kesan kepada organ paling penting iaitu otak.

Darah sukar bergerak di dalam badan dan menyebabkan tekanan darah meningkat.

Mereka yang sering mengalami dehidrasi kebiasaannya akan sakit kepala, terutamanya jika tidak minum air bagi tempoh yang lama.

Kurang minum air juga menyebabkan seseorang jadi pelupa. - Gambar hiasan/The Gooden Center

4. Masalah memori

Apabila otak tidak menerima jumlah air yang secukupnya, cecair tisu pada otak akan menurun.

Anda akan mengalami masalah memori dan sering keliru apabila cecair tisu otak berkurangan.

Dehidrasi juga akan menyebabkan seseorang itu pengsan sebagai tanda sistem tubuh sedang 'reboot'.

Tanpa air yang mencukupi, buah pinggang perlu bekerja lebih lama. - Gambar hiasan/Afro-African Newspapers

5. Buah pinggang bekerja lebih masa

Apabila anda kurang minum air, anda mungkin sedar bahawa anda kurang ke bilik air.

Dehidrasi telah menyebabkan buah pinggang anda menyimpan lebih banyak air untuk masa-masa kecemasan.

Tetapi, sekiranya buah pinggang anda bekerja terlalu keras atau lama, ia akan tersumbat dan menyebabkan jangkitan saluran kencing dan batu karang.

Ini hanya akan meningkatkan risiko kegagalan buah pinggang.

Suhu tubuh akan meningkat jika badan tidak berpeluh. - Gambar hiasan/Healthline

6. Suhu badan meningkat

Berpeluh adalah proses semula jadi yang amat penting untuk proses penetapan suhu badan.

Tanpa kandungan air yang mencukupi, proses tersebut akan terganggu sepenuhnya.

Apabila pengeluaran peluh menurun ketika tubuh mengalami dehidrasi, suhu badan akan meningkat.

Kulit mudah kering dan mengendur jika badan mengalami dehidrasi. - Gambar hiasan/Inside Outer Beauty

7. Kulit jadi kering dan kendur

Pengeluaran peluh yang sedikit juga akan mengubah kesihatan kulit seseorang.

Apabila anda mengalami dehidrasi, tubuh akan meminjamkan kelembapan kepada bahagian yang lebih memerlukan seperti organ dalaman.

Akibatnya, kulit anda akan kelihatan kering dan kendur. - Best Life

minum air, dehidrasi

Artikel Lain