suria

Hubungan intim lebih kerap, padam akaun laman sosial petanda pasangan anda curang

Tidak sukar sebenarnya untuk menghidu sama ada pasangan anda bersikap curang.

PERASAAN curiga dan mengesyaki pasangan anda bersikap curang adalah antara perasaan paling teruk untuk dirasai seseorang yang melayari alam perkahwinan atau menjalin hubungan cinta.

Perkara itu juga boleh membuatkan anda menjadi tidak keruan hingga terdorong untuk mencari apa sahaja bahan bukti sebagai satu bentuk pengesahan terhadap kegusaran tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan pandang remeh kesihatan mental! Ini 5 senaman wajib cuba untuk atasi kemurungan

Isu kecurangan bukan perkara asing, malah ia telah menjadi permasalahan sejagat di seluruh dunia yang tidak pernah berkesudahan gara-gara terlalu mengikut nafsu.

Kajian di Britian menunjukkan rata-rata mengakui pernah bersikap curang, manakala 29 peratus daripadanya percaya pasangan mereka sedang bermain kayu tiga dibelakang mereka.

Menghabiskan banyak masa dengan telefon adalah petanda pasangan anda bersikap curang.

Namun tahukan anda, perubahan kecil terhadap sikap pasangan anda sebenarnya boleh menjadi petanda suami atau isteri berlaku curang?

Apa sebenarnya yang patut kita cari? Menurut kajian, beberapa perubahan dalam diri pasangan sebenarnya adalah jawapan kepada persoalan anda.

1. Bekerja sehingga lewat malam

2. Tidak berenggang dengan telefon

3. Pasangan banyak menghabiskan masa dengan rakan yang anda sendiri tidak kenali

4. Kata laluan telefon, emel sudah bertukar

5. Perubahan penampilan dan fizikal

6. Pasangan mula menggunakan wangian baharu

7. Pasangan mahukan hubungan kelamin lebih kerap

8. Memadam Facebook, Instagram

9. Pasangan sentiasa mengadu berasa letih

10. Pasangan mula menukar selera makan dan terhadap barangan atau gaya tertentu


Hubungan intim terlalu kerap juga boleh jadi petanda pasangan anda curang.

Kajian itu juga menunjukkan 81 peratus daripada 1,000 orang bersetuju hubungan sulit adalah lebih teruk sekiranya seseorang itu sudah berkahwin berbanding pasangan bercinta.

Malah separuh daripada mereka yang mengambil ujian itu tidak akan memaafkan suami atau isteri sekiranya mereka bersikap curang.

Pun begitu 39 peratus daripadanya akan memberi peluang kedua kepada pasangan sekiranya kecurangan itu hanya berlaku sekali.

Menariknya, 13 peratus daripada mereka memilih untuk mendiamkan diri walaupun tahu pasangan mereka curang sekiranya ia boleh membantu perkahwinan mereka untuk jangka panjang. - Mirror

Rumah Tangga, Pasangan, Perkahwinan

Artikel Lain