suria

Wanita… jangan biar diri terus didera pasangan. Ketahui 5 langkah elak diri jadi mangsa lagi

Wanita perlu ketahui langkah yang boleh diambil bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

BARU-BARU ini masyarakat dikejutkan dengan satu rakaman video menunjukkan seorang lelaki yang tergamak membelasah wanita dan seorang warga emas.

Kejadian tersebut yang berlaku pada awal bulan ini dikatakan berpunca daripada konflik rumah tangga, di mana dipercayai lelaki tersebut merupakan bekas suami kepada wanita dalam video berkenaan.

Gambar wanita berkenaan dan bapanya yang berlumuran darah menjadi tular di laman sosial sehingga mengundang rasa marah masyarakat terhadap sang pelaku yang tidak berperikemanusiaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Duit gaji cepat habis? Ketahui tip pengurusan kewangan agar tidak ‘sengkek’ hujung bulan 

ARTIKEL BERKAITAN: Busuk! 4 tip ini boleh bantu anda atasi masalah kaki berbau! 

Bukan lagi perkara asing ramai wanita di Malaysia mahupun seluruh dunia menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Justeru, untuk wanita di luar sana, anda tidak keseorangan.

Berikut beberapa langkah yang boleh diambil agar anda tidak lagi menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

1) Talian khas

Ada talian khas disediakan untuk membuat aduan dan mendapatkan pertolongan, lebih-lebih lagi dalam situasi anda tidak tahu ke mana nak dituju. Boleh hubungi Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) di talian 03 79563488 atau SMS/Whatsapp TINA (Think I Need Aid) di talian 018 9888058

WOA satu badan bukan kerajaan untuk membantu wanita.

2) Balai polis

Anda juga boleh pergi ke mana-mana balai polis untuk membuat laporan. Laporan yang dibuat tak semestinya meminta polis membuat tindakan, tapi ia boleh menjadi cover report.

3) Hospital

Pergi ke mana-mana hospital kerajaan yang mempunyai perkhidmatan One Stop Crisis Centre (OSCC) di bahagian trauma dan kecemasan untuk mendapatkan rawatan. Di sini, doktor akan mengumpul bukti perubatan untuk kegunaan di mahkamah. OSCC juga membantu dari segi kaunseling dan khidmat guaman. Tiada caj yang akan dikenakan.

Jangan teragak-agak mendapatkan bantuan OSCC di mana-mana hospital kerajaan.

4) Jabatan Kebajikan Masyarakat

Anda juga boleh meminta bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melalui talian Nur yang berfungsi 24 jam untuk mendapatkan Emergency Protection Order (EPO). Ini sangat berguna jika anda perlu lari serta merta daripada situasi berkenaan.

5) Dapatkan IPO

IPO atau Interim Protection Order adalah satu arahan daripada mahkamah di mana pasangan yang mendera dilarang melakukan keganasan kepada mangsa.

wanita, dera

Artikel Lain