suria

Jangan terkejut, tabiat bawa telefon bimbit ke tandas boleh sebabkan buasir!

Seseorang itu akan leka dengan telefon bimbit hingga menghabiskan masa terlalu lama di tandas.

MEMANG ramai enggan mengaku, tapi realitinya ramai yang menggunakan telefon bimbit semasa 'menunaikan hajat' di tandas.

Walau ada yang menafikannya, anda sendiri atau insan sekeliling sahaja yang tahu kebenarannya.

Kajian terkini mendedahkan 57 peratus penduduk Britain melakukannya dan lapan peratus berterus terang mereka sentiasa membawa telefon bimbit ke tandas.

Kini, doktor mulai memberi amaran bahawa amalan itu boleh mengakibatkan seseorang itu menghidap buasir, benjolan di bahagian dalam dan sekitar dubur.

Bercakap kepada The Sun Online, Dr Sarah Jarvis yang juga Pengarah Klinik patient.info menjelaskan, jangka masa seseorang itu menggunakan telefon bimbit boleh mendedahkan kepada risiko buasir.

"Lebih banyak anda menggunakan telefon bimbit di tandas, lebih lama anda duduk dan ia sekali gus meningkatkan tekanan pada urat pada bahagian bawah dubur," katanya.

Kata Dr Jarvis, masalah sembelit dan kesukaran untuk membuang air besar adalah antara faktor utama seseorang itu berpotensi menghidap buasir selain mengandung, batuk kronik dan faktor usia.

"Bagaimanapun, amalan duduk terlalu lama di tandas juga boleh menyebabkan buasir.

"Jika dulu buku menjadi tarikan untuk dibawa ke tandas, tetapi kini ia berubah kepada telefon bimbit," katanya.

Tambahnya lagi, kegatalan pada benjolah di dubur dan berak berdarah juga antara simptom buasir, selain cecair melekit yang keluar dan melekat pada seluar dalam anda.

Dr Javis berkata, antara langkah untuk mengelak buasir adalah memakan makanan banyak serat, bersenam sekerap mungkin dan paling penting  mengetepikan telefon bimbit anda.- metro.co.uk


buasir, tandas, Dr Jarvis, Britain

Artikel Lain