SIAPA sangka, asam jawa mengandungi pelbagai nutrisi yang diperlukan oleh tubuh serta berpotensi melindungi diri daripada pelbagai penyakit. Asam jawa kaya dengan vitamin B, kalium, magnesium, zat besi, kalsium, fosfor, serat dan karbohidrat. Kandungan karbohidrat dalam asam jawa tersimpan dalam bentuk gula yang banyaknya hampir sama dengan 17 sudu teh. ARTIKEL BERKAITAN: Elak bau mulut dan masalah sembelit antara 5 kebaikan minum air lemon pada waktu pagi Meskipun begitu asam jawa bukan sekadar digunakan untuk menyedapkan masakan sebaliknya banyak manfaat. Asam jawa kaya dengan vitamin B, kalsium dan zat besi. 1. Melancarkan sistem pencernaan Salah satu kebaikan asam jawa untuk kesihatan manusia adalah untuk melancarkan sistem pencernaan bagi mereka yang mengalami masalah itu. Ia mampu mengatasi masalah sembelit, malah ia sudah menjadi amalan oleh masyarakat di benua Afrika dengan mencampurkan asam jawa dengan perahan lemon dan madu sebelum diminum airnya. 2. Bersifat anti radang Kulit asam jawa sebenarnya ada kegunaan dalam mengurangkan radang dan rasa kurang selesa atau sakit-sakit pada badan. 3. Mengawal kandungan gula pesakit diabetes Ekstrak biji asam jawa mampu menurunkan kadar gula dalam darah malah uji kaji terhadap haiwan juga membuktikan perkara itu. Asam jawa mampu membantu merendahkan kadar gula dalam darah pesakit diabetes. 4. Cepat sembuhkan luka Daun pokok asam jawa boleh membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka. Secara tradisionalnya, daun akan direbus sebelum ditumbuk lumat untuk disapu pada bahagian luka. 5. Kaya antioksidan Antioksidan penting untuk melindungi tubuh daripada pelbagai penyakit berbahaya seperti penyakit jantung. Kandungan antioksidan dalam asam Jawa juga dapat membantu menurunkan kadar kolesterol. - TEMPO