suria

Ketahui rahsia ‘besar’ cili hijau

Cili hijau mempunyai pelbagai khasiat kepada pengguna.

SELAIN rempah ratus, tahukah anda cili hijau juga mempunyai manfaat untuk kesihatan badan.

Ini kerana, cili hijau kaya dengan zat.

Terbaharu Dr Harsh Vardhan berkongsi kepentingan cili hijau yang boleh dijadikan sebagai satu bahan diet.

ARTIKEL BERKAITAN: Kulit lemon jangan dibuang, mampu atasi pelbagai jenis penyakit

"Tahukah anda cili hijau kaya dengan pelbagai nutrisi termasuk lebih enam kali ganda vitramin C yang terdapat dalam buah oren. Ia juga memberi kita vitamin A, B2, B6, niasin dan folate yang penting dalam tubuh badan," tulis Harsh di Twitternya.

Kenapa cili hijau penting dalam diet seharian?

Cili hijau digunakan untuk diet seharian.

1. Kaya dengan fiber yang penting untuk sistem penghadaman sihat.

2. Membantu melicinkan kulit kerana ia kaya dengan vitramin C dan E.

3. Mempunyai kandungan air yang tinggi dan tanpa kalori, sekaligus menjadikan ia pilihan sihat kepada mereka yang ingin turunkan berat badan. Ia juga meningkatkan metabolisme dan mempercepatkan proses pengurangan berat badan.

4. Kaya dengan beta seperti karotena, antioksida dan 'endorrphins' yang membantu menjaga kesihatan jantung.

5. Penggunaan cili hijau yang kerap boleh menyeimbangkan tahap gula dalam darah dengan mengawal tahap insulin.

6. Dapat membantu meningkatkan imuniti dalam badan.

7. Kandungan vitamin K dalam cili hijau mampu mengurangkan risiko Osteoporisis dan pendarahan serius jika tercedera.

Xpose, cili hijau, khasiat

Artikel Lain