ADA banyak cara nak tunjukkan kasih saya kepada si isteri termasuklah memberikan ciuman sebagai tanda sayang dan menghargai pasangan. Ciuman mungkin nampak biasa tetapi sebenarnya ia boleh mengeratkan lagi hubungan suami-isteri termasuk menerbitkan emosi kasih dan cinta terhadap pasangan.ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga ini ada formula elak bosan ketika PKP... dapur meriah pagi sampai supper, siap ada kedai mini di rumah!- “Kalau nak duit lebih kena rajin” Malah kajian turut menjelaskan terdapat pelbagai manfaat ciuman, termasuk menurunkan hormon stres sekaligus membuatkan hidup kita bahagia. Kajian terhadap psikologi manusia yang dilakukan juga mendapati, suami yang mencium isterinya setiap hari sebelum ke tempat kerja lebih cenderung hidup lebih lama berbanding yang tidak melakukannya. Hubungan suami-isteri lebih erat jika saling menunjukkan rasa cinta. Pakar psikologi, Dr. Arthur Szabo dalam kajiannya menjelaskan si suami yang memastikan amalan mencium isteri sebelum ke tempat kerja lebih cemerlang dalam pekerjaan mereka. Daripada sejumlah koresponden, 87 peratus daripada mereka memiliki jawatan dan gaji lebih baik berbanding yang tidak mencium isteri mereka. Dr. Arthur dalam kajiannya turut memberitahu terdapat beberapa sebab suami enggan mencium isteri mereka seperti bertengkar atau itu bukan amalan biasa dilakukan. Atas sebab itu, ia turut mempengaruhi emosi dan lebih cenderung memulakan hari mereka dengan perkara negatif. Ia sekaligus memberi kesan kepada kualiti kerja di pejabat. Jadi jika ingin berjaya dalam pekerjaan anda, jadi ciumlah suri hati setiap hari, berkat pun banyak!