suria

Kesihatan 'Mr. P' bukan sahaja tentang prestasi seksual tapi ada perkara lain perlu diberi perhatian!

Kaum lelaki perlu mengambil tahu mengenai kesihatan alat kelamin mereka.

MASALAH kesihatan alat kelamin bagi kaum lelaki jarang dibincangkan secara terbuka dan rata-rata lebih suka mendiamkan diri kerana tidak mahu 'kelakian' mereka tercabar.

Sebenarnya soal kesihatan alat kelamin bukan sahaja tentang prestasi ketika melakukan hubungan kelamin malah keadaan 'Mr. P' juga boleh menggambarkan keadaan kesihatan seorang lelaki secara keseluruhan.

Sudah tiba masanya, kaum lelaki lebih mengambil berat tentang kesihatan alat kelamin mereka dan bukannya hanya mahu mengecap kepuasan semata-mata.

ARTIKEL BERKAITAN: Anda gemar tidur meniarap? Bahaya sebenarnya... apa kata ambil tahu cara atasinya

Terdapat empat situasi zakar yang berkaitan dengan kesihatan seorang lelaki;



Ramai kaum lelaki menganggap masalah 'Mr.P' adalah sesuatu yang tidak patut dibincangkan secara terbuka.

1. Masalah jantung

Kegagalan ereksi adalah antara masalah umum dialami oleh seseorang lelaki dan keadaan itu terjadi disebabkan pelbagai faktor.

Bagaimanapun jika keadaan itu konsisten ia bukan sahaja petanda masalah mati pucuk tetapi juga punca kepada terjadinya masalah jantung.

2. Ereksi lemah

Ereksi yang lemah boleh disebabkan gangguan pada jaringan dalam zakar yang menyebabkan 'Mr. P' tidak mampu menegang dan melengkung.

Pakar seksual Dr Berglund mengatakan lengkungan pada penis yang lebih daripada 30 darjah boleh menjadi petanda bahaya.

Jika mengalami masalah itu, sebaik-baiknya segera mendapatkan nasihat doktor kerana jika dibiarkan ia mampu merosakkan zakar ketika melakukan hubungan seksual selain berisiko untuk mendapat penyakit Peyronie.

"Itu boleh mengganggu kemampuan lelaki untuk melakukan hubungan seksual," ucapnya.



Jika terdapat sebarang masalah berjumpalah dengan doktor.

3. Tanda masalah kesihatan mental

Dr Berglund turut memberitahu pemikiran memainkan peranan sangat besar dalam fungsi zakar seseorang. Jika seorang lelaki mengalami masalah ereksi dan doktor mengesahkan tiada sebarang masalah, ia mungkin petanda wujudnya masalah psikologi.

Kemurungan, keresahan dan tekanan dapat menyukarkan seorang lelaki melakukan hubungan seksual dan lebih malang, rawatan terhadap masalah mental boleh memburukkan keadaan.

"Ubat antidepresan dapat menurunkan dorongan seks lelaki dan membuatkan mereka sukar mempertahankan ereksi dan mencapai klimaks," katanya.

4. Bengkak, benjolan atau luka

Dalam pada itu, Dr Berglund memberitahu bengkak, benjolan atau jerawat pada zakar adalah perkara biasa berlaku pada zakar.

Secara dasarnya, ia keadaan yang tidak perlu dibimbangkan namun ia boleh menjadi petanda kepada masalah serius seperti jika benjolan terasa sakit atau ada luka terbuka - cepat berjumpa doktor!

Ia berkemungkinan adalah penularan penyakit seksual seperti herpes, siflis atau pun molluscum contagiosum iaitu keradangan pada kulit akibat virus.

Di Amerika, Dr Berglund memberitahu kes melibatkan kanser zakar sangat rendah iaitu satu daripada 100,000 lelaki setiap tahun.

Kaum isteri juga perlu memainkan peranan dalam menentukan kesihatan zakar suami sekiranya mendapati sebarang kelainan pada alat sulit mereka.

Komunikasi dan perbincangan secara hati ke hati dapat mengurangkan ego dan simbol kejantanannya dalam mendapatkan rawatan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain