MEMANG beruntung jika kita dilahirkan dalam sebuah keluarga berada di mana wang bukan menjadi satu masalah! Bukan itu sahaja, malahan laporan terbaharu Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat melaporkan individu yang kaya memiliki kualiti tidur lebih nyenyak dan berkualiti.ARTIKEL BERKAITAN: Jangan main-main... 'Kena tindih hantu' bukan mistik, ia antara punca somniphobia! Ia berdasarkan tinjauan terhadap 140,000 responden di antara tahun 2011 hingga 2014 yang mendapati semakin banyak wang dihasilkan, semakin besar kemungkinan seseorang itu dapat berehat dengan tenang. Kualiti tidur boleh mempengaruhi kesihatan seseorang. Kajian itu bagaimanapun tidak menganalisa alasan mengapa orang kaya tidur lebih nyenyak berbanding golongan kurang berkemampuan. Sementara itu, mengulas mengenai kajian tersebut, Dr. Neil Kline dari Persatuan Tidur Amerika menjelaskan, terdapat beberapa sebab 'orang kaya' tidurnya lebih nyenyak. "Golongan berada mempunyai kelebihan untuk membeli rumah yang terletak di lokasi lebih tenang, lebih banyak ruang dan kurang padat membuatkan mereka lebih mudah tidur dalam keadaan selesa," katanya. Selain itu, Neil menjelaskan orang kaya memiliki akses kesihatan yang lebih baik berbanding golongan bawahan sehingga mampu tidur lebih baik. Tidur golongan bawahan boleh terganggu oleh pelbagai faktor termasuk persekitaran dan tekanan. Menurutnya, kurang tidur dapat mengakibatkan kesihatan seseorang terjejas. Tidur atau istirehat merupakan salah satu kunci kesihatan selain mengambil pemakanan bergizi dan senaman. Kurang tidur juga boleh dikaitkan dengan peningkatan risiko diabetes, penyakit jantung dan masalah kesihatan mental. Neil memberitahu, tidak kira sama ada seseorang itu kaya atau miskin, adalah sangat penting untuk mendapatkan tidur yang cukup selain bersenam dan menghindari tidur siang. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!