KELIBAT individu yang sedang berjoging sambil mendengar muzik menggunakan fon kepala adalah pemandangan biasa. Malah kajian yang dilakukan Runner's World pada 2016 mendapati, 61 peratus mengakui mendengar muzik sambil berlari bagi membuatkan mereka lebih fokus. Manakala 82 peratus pula memberitahu mereka akan mendengar lagu daripada penyanyi kegemaran.ARTIKEL BERKAITAN: Awas anak muda! Jika alami tekanan darah tinggi, segera lakukan 5 perkara ini Jika anda salah seorang daripadanya, ini adalah beberapa manfaat yang diperolehi jika mendengar muzik sambil berlari. Berlari sambil mendengar muzik boleh membuatkan kita rasa lebih bersemengat. 1. Lebih bersemangat Ada sesetengah individu yang melakukan aktiviti joging atau berlari sedang dalam persediaan menyertai marathon dan mendengar muzik boleh membuatkan mereka lebih bermotivasi. Pakar Psikologi, Costas Karageorghis memberitahu, muzik dapat memberi pengaruh positif kepada atlet dan ia mampu meningkatkan stamina mereka. "Muzik membangunkan perasaan positif seperti kebahagiaan dan keterujaan. Ia juga mengurangkan aspek negatif dalam badan seperti tekanan dan penat," ujar Costas. 2. Larian lebih konsisten Mendengar muzik boleh membuatkan seseorang berlari dengan lebih konsisten dan menjaga kecepatan larian mereka. Kajian dilakukan oleh PLOS One, pelari memunjukkan prestasi lebih baik sambil mendengar lagu sesuai dengan tempo muzik dan langkah mereka. Larian akan terasa lebih ringan dengan mendengar muzik. 3. Larian terasa 'ringan' Larian adalah aktiviti fizikal yang memenatkan dan memerlukan tenaga tetapi dengan mendengar muzik, ia boleh mengalihkan perhatian kita dan membuatkan larian berasa lebih 'ringan'. Kajian dilakukan oleh Universiti Keele, United Kingdom juga mendapati, mendengar lagu kegemaran ketika berlari dapat meningkatkan rasa ceria dan gembira. Jadi, bagi yang merancang untuk bersenam itu, boleh mencuba kaedah berlari sambil mendengar muzik yang mampu mendatangkan pelbagai manfaat. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!