suria

Sibuk buat persediaan peperiksaan? 5 makanan ini sesuai tingkatkan daya ingatan

Aprikot antara buah yang mampu meningkatkan daya ingatan.

SEJAK dunia dilanda wabak Covid-19, hampir kebanyakan sekolah dan universiti ditutup sehingga memaksa pelajar belajar secara dalam talian.

Kaedah baharu ini ada kelemahan tersendiri terutamanya pelajar kurang memberi tumpuan disebabkan beberapa faktor yang menggangu konsentrasi mereka terutamanya apabila berada di rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Hati-hati... ada 5 makanan boleh sebabkan kulit cepat berkedut sebelum waktunya!

Pada akhirnya, mereka tidak dapat belajar dengan baik tambahan pula ujian penting akan tiba tidak lama lagi.

Makanan sebenarnya adalah faktor penting yang dapat membantu pelajar fokus serta memberi nutrisi kepada otak. Makanan bernutrisi tinggi terbukti dapat meningkatkan fungsi kognitif otak.

Berikut adalah lima makanan terbaik bagi mereka yang sedang mengulang kaji atau bakal menghadapi ujian;

1. Buah beri

Aneka buah beri seperti strawberi, beri biru, beri hitam dan resberi sangat baik untuk otak. Keluarga buah beri kaya dengan flavonoid yang disebuat antosianin.

Antosianin ini dapat meningkatkan fungsi otak dengan aliran darah lebih baik ke bahagian itu. Ia juga melindungi otak daripada peradangan serta mendorong penghasilan sel saraf yang terlibat dengan pembelajaran dan memori.

2. Cokelat gelap

Cokelat hitam juga mengandungi flavonoid yang terbukti baik untuk kesihatan otak. Kajian menunjukkan, individu yang makan cokelat gelap memiliki prestasi lebih baik menjawab soalan yang memerlukan jawapan pendapat. Ia juga meningkatkan daya ingatan.

3. Kacang

Kacang mengandungi nutrisi yang baik untuk kesihatan otak termasuk vitamin E dan zink. Kacang membantu otak menyerap informasi lebih baik.

4. Telur

Telur mengandungi vitamin B12, kolin, selenium yang baik untuk otak. Selenium membantu koordinasi, memori, kongnisi dan prestasi motor manakala kolin membantu perkembangan otak untuk meningkatkan daya ingat.

5. Aprikot

Aprikot dapat meningkatkan fungsi otak dan sumber lutein yang sangat baik sehingga dapat mempengaruhi fungsi otak. Kajian menunjukkan, ia juga meningkatkan penyimpanan maklumat.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

beri, aprikot, telur, kacang, ujian, kesihatan, otak

Artikel Lain