suria

Bukan sekadar makanan ringan, anda perlu tahu kuaci sebenarnya ada banyak nutrisi

Ramai tak tahu kuaci mempunyai pelbagai khasiat.

KUACI sering menjadi pilihan ramai sebagai makanan ringan ketika menonton televisyen atau berbual bersama rakan-rakan.

Sebenarnya kuaci bukan sekadar makanan ringan tetapi termasuk dalam kumpulan makanan yang kaya dengan nutrisi dan baik untuk kesihatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Risau kadar kolestrol tinggi? Apa kata cuba amalkan makan 5 buah-buahan ini

Health Line menyenaraikan lima kebaikan biji bunga matahari itu kepada kesihatan.

1. Menurunkan tekanan darah, kolesterol dan gula

Biji bunga matahari dapat membantu menurunkan tekanan darah, kolesterol dan gula dalam darah kerana ia mengandungi vitamin E, magnesium, protein dan asid lemak linoleat.



Kuaci adalah daripada biji bunga matahari.

2. Mengurangkan keradangan

Keradangan kronik merupakan risiko kepada pelbagai penyakit seperti peningkatan kadar inflamasi protein C-reaktif dalam darah yang berkaitan dengan peningkatan risiko penyakit jantung dan diabetes jenis 2.

Dalam sebuah kajian terhadap 6,000 orang dewasa, mereka yang makan kuaci lima kali seminggu memiliki tingkat protein C-reaktif 32 peratus lebih rendah berbanding dengan orang yang tidak memakannya.

3. Melawan penyakit jantung

Tekanan darah tinggi adalah faktor risiko utama penyakit jantung yang dapat menyebabkan serangan jantung atau angin ahmar.

Senyawa dalam biji bunga matahari diketahui dapat menghalang enzim yang menyebabkan pembuluh darah tersekat. Akibatnya, ia dapat membantu pembuluh darah menjadi longgar dan menurunkan tekanan darah.

4. Melawan diabetes

Sebuah kajian yang diterbitkan dalam jurnal ISRN Nutrion pada 2012 menunjukkan bahawa individu yang makan 30 gram kuaci setiap hari dapat mengurangkan gula dalam darah sebanyak 10 peratus dalam enam bulan, berbanding diet biasa.

Kajian lain pula mendapati menambahkan kuaci ke dalam makanan seperti roti dapat membantu mengurangkan kesan karbohidrat pada gula dalam darah.

Protein dan lemak kuaci melambatkan pengosongan perut serta melepaskan gula kepada berperingkat berbanding karbohidrat.

5. Menguatkan sistem imunisasi

Kuaci adalah sumber vitamin dan mineral yang dapat menguatkan sistem kekebalan tubuh serta meningkatkan kemampuan melawan virus.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain