APABILA sebut sahaja tentang lintah, mungkin ramai yang akan berasa geli dengan haiwan penghisap darah ini. Namun ia banyak digunakan sebagai terapi bagi menjaga dan merawat pelbagai penyakit serta menjaga kesihatan.ARTIKEL BERKAITAN: Terapi hirudo kurangkan bengkak pada luka, Malaysia diiktiraf perintis lintah steril pertama dunia Terapi lintah atau hiduroterapi mempunyai pelbagai kelebihan seperti meningkatkan tahap kesihatan, menyembuhkan bengkak, mengurangkan tekanan darah dan sebagainya. Selain itu, ia juga terbukti dapat membantu mencegah dan merawat beberapa penyakit seperti; Lintah mungkin kecil tetapi ia mampu memberi manfaat kepada kesihatan. 1. Penyakit jantung Terapi lintah dapat membantu pesakit yang mengalami penyakit berkaitan jantung apabila ia dikatakan dapat meningkatkan aliran darah serta membuatkan fungsi saraf yang mati kembali aktif. 2. Menyembuhkan luka Penggunaan lintah sangat berkesan dalam menjaga peredaran darah terutamanya pada bahagian luka sekaligus mempercepatkan proses penyembuhan. Jika terdapat bengkak pada luka, terapi lintah ini juga dapat mengurangkan bengkak serta menghindarkan ia daripada terkena bakteria. 3. Membunuh sel kanser Kaedah ini juga dikatakan mampu melindungi sel normal dan menghentikan pertumbuhan sel kanser pada pesakit. Kajian mendapati air liur lintah mengandungi senyawa dikenali sebagai ghilanten yang mampu menekankan pertumbuhan beberapa jenis tumor kanser seperti paru-paru, payudara dan prostat. Antara kaedah rawatan terapi lintah. 4. Mencegah diabetes Pakar mendapati terapi lintah sangat baik untuk pesakit diabetes dalam menghalang saluaran darah pesakit daripada menjadi rosak. Peptida dalam air liur lintah dapat meningkatkan aliran darah pada pembuluh darah dan mencegah pembekuan darah. 5. Masalah pendengaran Terapi ini juga dikatakan mampu membantu merawat sakit telinga seperti kehilangan pendengaran secara tiba-tiba, tinnitus dan otitis. Sebuah kajian yang dilakukan dengan meletakkan seekor lintah di bahagian depan dan belakang telinga dan hasilnya menunjukkan keberkesanan pada pesakit. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!