SENAMAN tidak sepatutnya dianggap sesuatu yang membebankan atau menyeksa badan seperti yang ada dalam fikiran segelintir orang. Sebaliknya, ia perlu dijadikan suatu aktiviti yang menyeronokkan untuk mengamalkan gaya hidup sihat sekaligus mempengaruhi kesihatan mental dan fizikal. Jika anda menganggap senaman adalah sesuatu yang membosankan anda perlu mencuba beberapa perkara untuk menarik minat anda. ARTIKEL BERKAITAN: Bersenam pun nak nampak cantik, ini info bagi yang suka bersolek... Awas 3 kesannya pada wajah anda! Antara cara yang boleh anda lakukan untuk memupuk minat dalam bersenam termasuklah; 1. Mencari teman bersenam Mungkin jika anda melakukan senaman berseorangan, anda akan mudah berasa bosan. Oleh itu, cuba mencari teman bersenam sama ada kawan atau ahli keluarga untuk bersama anda. Jika anda tidak mempunyai seorang pun rakan atau ahli keluarga yang suka bersenam, apa kata anda cari teman di tempat anda pergi seperti taman rekreasi, pusat gim dan sebagainya agar masa akan datang anda boleh lakukan secara bersama-sama. 2. Mainkan muzik Ketika anda ingin melakukan senaman tidak kira dimana pun anda berada. Cuba mainkan muzik yang bersesuaian agar anda akan berasa lebih yakin dan semangat untuk melakukannya. Ada kajian mendapati bahawa pemilihan lagu yang tepat dapat meningkatkan pengaruh positif, menghasilkan mood yang baik dan menguatkan kecekapan pergerakan. 3. Pilih aktiviti menarik Bila sebut sahaja senaman ramai yang membayangkan anda perlu ke berlari atau memiliki peralatan profesional. Anda perlu tahu bahawa banyak aktiviti yang boleh dilakukan mengikut minat dan kebolehan anda sendiri. Paling penting adalah anda perlu tahu bagaimana untuk membuatnya menjadi sesuatu yang menarik. 4. Jadikan sebagai permainan Ternyata, kebanyakkan mereka di luar sana melakukan aktiviti senaman ini adalah kerana mereka ingin mencapai sesuatu yang diingini. Contohnya seperti meningkatkan kadar pembekalan oksigen ke jantung, menghasilkan emosi stabil, mengharapkan bentuk badan yang diidamkan dan banyak lagi. Oleh itu, anda disarankan menjadikannya sebagai aktiviti permainan agar seronok melakukannya dengan konsisten. 5. Beri ganjaran pada diri Terakhir sekali, setkan minda anda dengan apa-apa ganjaran sekiranya matlamat anda dapat dicapai. Jika tujuan anda bersenam untuk menurunkan berat badan tercapai hadiahkan sesuatu untuk diri anda sebagai tanda penghargaan. Secara tidak langsung ia akan memberikan inspirasi dalam diri anda sendiri. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!