suria

Jika ada 3 gejala ini pada mata, segeralah jumpa doktor... mungkin anda dijangkiti Covid-19!

Jangkitan pada mata juga boleh berlaku pada pesakit Covid-19.

JANGKITAN virus Covid-19 tidak hanya memberi kesan kepada sistem pernafasan sahaja sebaliknya ia juga mampu tersebar ke organ-organ vital dalam tubuh lain termasuk mata.

Virus ini juga mampu berkumpul dan berkembang sebagai selaput lendir pada permukaan mata, kelopak dan bahagian dalam mata yang sekali gus mempengaruhi penglihatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sabar nak jadi penerima vaksin Covid-19? Check-out cara daftar dan jawab 4 soalan dahulu

Dilaporkan, terdapat satu hingga tiga peratus pesakit Covid-19 yang turut mengalami gejala berkaitan mata.

Berikut adalah tanda Covid-19 telah mempengaruhi penglihatan.

1. Sensitif terhadap cahaya

Menurut kajian yang dilakukan BMJ, hampir 18 peratus pesakit Covid-19 mengalami masalah sensitif terhadap cahaya yang juga disebut fotofobia. Gejala paling jelas apabila seseorang berasa tidak selesa dalam cahaya terang.

Jika ia berlarutan, keadaan itu dapat menyebabkan seseorang mengalami gangguan penglihatan.

Rasa sensitif itu juga dapat menyebabkan keradangan akut pada mata dan biasanya ia disertai dengan sakit kepala yang berdenyut-denyut.

2. Mata gatal, pedih

Mata gatal, pedih atau kering juga adalah gejala umum yang menunjukkan terdapatnya jangkitan akibat Covid-19. Kajian dalam BMJ juga membuktikan bahawa 17 peratus pesakit mengalami kegatalan mata manakala 16 peratus pula mengalami sakit mata.

Ada juga pesakit Covid-19 yang mengalami gejala seperti sensasi terbakar, kemerahan, bengkak di kawasan mata serta kerap bersin.

3. Konjungtivitis

Pelbagai kajian menunjukkan bahawa pesakit yang dijangkiti virus Covid-19 boleh mengalami konjungtivitis iaitu keadaan di mana mata menjadi merah selain berair, bengkak dan gatal.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain