suria

Duduk atau mencangkung? Ketahui posisi terbaik ketika membuang air besar

Posisi mencangkung adalah paling terbaik ketika membuang air besar.

SECARA umumnya, penyakit buasir dan sembelit sering dikaitkan apabila tubuh mengalami dehidrasi atau seseorang itu tidak mengamalkan pemakanan sihat.

Membuang air besar secara teratur adalah penting untuk mengukur tahap kesihatan tubuh dan membantu proses pencernaan berjalan dengan baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Golongan wanita paling banyak alami ‘sleep debt’, ketahui bahaya dan penyelesaiannya

Di Malaysia kebanyakan tandas yang digunakan adalah berbentuk duduk dan cangkung - ramai yang lebih selesa menggunakan tandas duduk berbanding mencangkung.

Bagaimanapun untuk proses membuang air besar yang lebih baik, sebenarnya posisi mencangkung adalah sangat disarankan.



Membuang air besar dalam posisi duduk lebih menyukarkan najis untuk keluar.

Menurut Giulia Enders, seorang saintis dan penulis dari Jerman, semasa membuang air besar ketika dalam posisi duduk, otot-otot yang berada di hujung usus lebih sukar untuk mengeluarkan najis dan ini punca berlakunya buasir dan penyakit lain.

Kaedah paling efektif ketika membuang air besar adalah dengan memilih tandas cangkung bagi membuka lubang rektum dengan betul dan sempurna.

Lengkungan akan terbentuk apabila otot menarik sehingga ke bahagian hujung usus semasa berada dalam keadaan berdiri atau duduk, jadi ia akan menyukarkan proses membuang air besar.

Bagaimanapun elak untuk mencangkung di atas tandas duduk kerana ia berbahaya dan boleh mengakibatkan kecederaan teruk sekiranya terjatuh.



Cara membuang air besar juga akan mempengaruhi kesihatan seseorang.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sebagai ganti, letakkan kedua-dua kaki anda di atas sebuah kerusi kecil ketika membuang air besar dan rapatkan badan pada lutut bagi memudahkan proses.

Hasil kajian seorang pakar bedah, Rebecah Kim juga menyatakan posisi duduk ketika membuang air besar memerlukan tekanan abdomen lebih tinggi berbanding mereka yang mencangkung.

Ramai yang menganggap perkara ini remeh, namun ia penting bagi sistem pencernaan yang sihat selain mempengaruhi kesihatan tubuh seseorang.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain