MEMILIKI cahaya mata merupakan impian setiap pasangan yang sudah mendirikan rumahtangga sekian lama. Namun semakin ramai pasangan yang mengalami kesulitan untuk mendapatkan zuriat yang berpunca daripada masalah ketidaksuburan. ARTIKEL BERKAITAN: Makanan penyebab emosi terganggu... ramai tak tahu kan? Menurut Pakar Obstetrik dan Ginekologi di Indonesia, Dr. RS Melinda, hal tersebut berlaku kerana kemungkinan besar disebabkan gaya hidup masyarakat yang semakin tidak sihat. Bukan itu sahaja, tekanan atau stres daripada orang luar juga menyumbang kepada perkara ini. Rata-rata satu dari pada tujuh pasangan akan mengalami masalah ketidaksuburan, walaupun sudah melakukan hubungan bersama tanpa pelindung selama enam bulan hingga satu tahun. Tahukah anda masalah ini mempunyai beberapa tanda yang anda boleh periksa bersama pasangan. Hilang Nafsu Ketika Bersama Jika suami anda sukar untuk berejakulasi atau berasa sakit, hilang nafsu seksual dan sulit untuk mengekalkan ereksi kemungkinan pasangan anda berdepan masalah tidak subur. Masalah Tiroid Sekiranya pasangan anda sering mengalami rambut gugur dan semakin menipis, dapatkan pemeriksaaan awal bagi mengelakkan tanda awal penyakit hiperaktif tiroid. Penyakit ini akan menjejaskan ovulasi bagi wanita, kerana menurut kajian pakar sakit puan mendapati hampir 2.3 peratus wanita tidak dapat hamil apabila menghidap penyakit ini. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram! Kurang Vitamin D Vitamin D amat membantu lelaki dan wanita dalam hal kesuburan, kerana ia bukan sahaja menyumbang pada kesihatan tulang malah ia membantu meningkatkan system imun badan. Tidak Datang Haid Atau Tidak Tetap Berdasarkan kenyataan daripada Dr Jason M. Franasiak di Assosicate Medicine Reproductive New Jersey, haid yang tidak teratur atau tidak datang langsung adalah tanda jelas bahawa pasangan mempunyai masalah dalam penghasilan telur. Apabila penghasilan telur terganggu ia merupakan petanda pasangan tidak subur. Penambahan Berat Badan Sebanyak 45 peratus wanita tidak boleh hamil kerana berat berlebihan atau obesiti menurut kajian yang dikeluarkan oleh Pusat Kawalan Penyakit Amerika Syarikat. Namun wanita yang kurang berat badan dan sering bersenam pula kemungkinan akan mengalami haid yang tidak teratur. Maka penting untuk anda dan pasangan periksa semula tanda awal dan jangan segan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar mengenai masalah ini dengan lebih lanjut. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]