suria

Bukan sahaja keluar peluh, sukan badminton terbukti berkesan untuk kesihatan mental dan elak kemurungan

Sukan badminton dapat membantu mencegah masalah kesihatan mental.

BOLEH dikatakan selain bola sepak, badminton antara suka kegemaran rakyat Malaysia dan sering dijadikan sebagai aktiviti riadah pada waktu petang untuk mengeluarkan peluh.

Ia bukan sahaja menyeronokkan tetapi sukan ini juga dapat membuatkan kita menggerakkan otot melalui pelbagai gerakan yang tangkas dan lincah.

ARTIKEL BERKAITAN: Suka tahan kencing, kurang zat kalium antara 10 penyebab tekanan darah tinggi tanpa kita sedari

Namun siapa sangka, sukan ini juga sebenarnya bermanfaat untuk menjaga kesihatan mental manusia.

Ketua Pegawai Eksekutif Mental Health Foundation di United Kingdom, Jenny Edwards menjelaskan sukan badminton turut dijadikan sebagai salah satu aktiviti yang disarankan sebahagian daripada proses pemulihan pesakit mental.

Bulu Tangkis

Sukan badminton dapat mengurangkan risiko kemurungan.

"Sukan ini dapat memainkan peranan cukup besar dalam meningkatkan kesihatan mental manusia," katanya.

Penelitian yang dilakukan oleh yayasan itu turut mendapati bermain badminton selama dua setengah jam setiap minggu dapat mengurangkan kemungkinan kemurungan sehingga 25 peratus.

Aktiviti fizikal ini juga membantu meningkatkan kadar tenaga dan kesegaran pesakit selain membina keyakinan diri. Selain itu, sukan ini cukup bermanfaat, termasuklah;

1. Interaksi sosial

Interaksi sosial bersama pemain lain membantu membangunkan kepercayaan diri penderita kemurungan dan menerbitkan perasaan positif.

Badminton 2

2. Mengalihkan perhatian

Ketika bermain badminton ia memerlukan fokus dan perhatian yang tinggi dan ia mampu mengalihkan perhatian terhadap perkara yang menggangu fikiran.

Ia sekaligus dapat membantu mengurangkan rasa kebimbangan melampau (anxiety), kemurungan dan tekanan.

3. Meningkatkan konsentrasi

Konsentrasi ketika bermain badminton membantu seseorang menjadi lebih berhati-hati dan fokus. Apabila bermain secara berpasukan pula, ia membantu seseorang untuk membina sifat kerjasama berkumpulan dan tumpuan.

Badminton

4. Otak menjadi aktif

Sukan badminton adalah tentang strategi seperti membuatkan keputusan untuk melakukan servis kepada pihak lawan, reaksi pantas terhadap bulu tangkis pihak lawan atau kedudukan ketika di dalam gelangang.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Tanpa disedari, kita sebenarnya sedang menggunakan otak secara optimum dalam memastikan semua strategi itu teratur dan dapat dilaksanakan dengan baik.

5. Respon lebih baik terhadap tekanan

Kajian membuktikan, bermain badminton selama sejam setiap hari dapat membuatkan seseorang lebih memberi perhatian, menyesuaikan diri dan mempunyai respon kardiovaskular dan neuro-humoral yang lebih aktif terhadap tekanan mental.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain