suria

Tiba-tiba menggigil ketika tidur? Selain sejuk, petanda menopause salah satu daripada 5 sebabnya

Menggigil secara tiba-tiba ketika tidur bukan hanya disebabkan rasa sejuk.

PASTI ada antara kita yang secara tiba-tiba menggigil ketika sedang tidur dan terjaga kerana berasa sejuk dan ingin menarik selimut.

Tidak hanya berasa sejuk dan menggigil, ada sesetengah orang pula akan mengalami peningkatan suhu badan seperti hendak demam dan keadaan itu membuatkan seseorang sukar untuk lena semula.

ARTIKEL BERKAITAN: Menguap bukan hanya kerana tak cukup tidur, anda mungkin ada 5 masalah kesihatan ini

Apakah penyebab badan manusia boleh menggigil secara tiba-tiba ketika tidur?

1. Kesejukan

Menggigil adalah tanda bahawa tubuh manusia sedang cuba menyesuaikan diri dengan suhu di sekitarnya. Ketika berada dalam kesejukan, tubuh secara semula jadi akan memberi respon dengan membuatkan otot menjadi rileks agar badan menjadi lebih hangat.

Jika suhu di dalam bilik tidak terlalu sejuk atau pakaian dan selimut cukup tebal tetapi masih menggigil ketika tidur itu mungkin disebabkan perkara lain.

2. Jangkitan kuman dan bakteria

Jangkitan kuman dan bakteria juga boleh menyebabkan seseorang menggigil ketika tidur. Kebiasaannya seseorang turut mengalami demam panas dan otot tubuh akan berada dalam keadaan relaks. Keadaan ini boleh membuatkan menggeletar dan menggigil.

Menopause

3. Menopause

Bagi wanita yang sudah memasuki fasa menopause, badan menggigil secara tiba-tiba ketika tidur juga adalah salah satu gejala dan kesan sampingan proses putus haid.

Perubahan hormon ketika menopause membuatkan wanita lebih mudah berasa sejuk terutamanya pada waktu malam. Keadaan ini dapat menyebabkan badan menggigil ketika tidur.

Ubatan

4. Kesan sampingan putus ubat-ubatan

Kesan sampingan putus terhadap ubat-ubatan tertentu juga dapat menjadi penyebab keadaan itu. Ini kerana ketika dos ubat dikurangkan atau ditukar dengan yang baharu, pesakit boleh mendapat gejala putus ubat dan menggigil ketika tidur.

Sekiranya ini berlaku, segera berjumpa dengan doktor apatah lagi sekiranya keadan itu turut disertai dengan demam panas, sakit dada, sakit perut atau sesak nafas.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain