suria

Ibu bapa perlu tahu 5 perkara ini sebelum bawa anak cucuk vaksin Covid-19

Remaja berusia 12 hingga 17 tahun kini diberikan vaksin Covid-19.-Gambar hiasan

SEJAK 20 September lalu, program pemberian vaksin kepada golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun (PICK-Remaja) sudah pun bermula melibatkan 156 pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh negara.

Agihan vaksin dilaksanakan secara kaedah walk-in berjadual, iaitu mengikut lokasi sekolah yang berhampiran dengan PPV dan ia melibatkan semua kategori remaja termasuk yang tidak bersekolah.

ARTIKEL BERKAITAN: Benarkah vaksinasi punca kitaran haid tidak normal? Fahami penjelasan pakar mengenainya

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak, penting untuk memastikan beberapa perkara ini sebelum dan selepas menghantar mereka untuk divaksin.

Sebelum vaksin

Tidur

1. Pastikan anak cukup tidur

Ibu bapa sebaik-baiknya memastikan anak mendapat tidur yang cukup sebelum divaksin. Tidur yang cukup dapat membuatkan tubuh berada dalam keadaan bersedia selain vaksin boleh 'bekerja' secara optimal.

Father and son time

2. Informasi mengenai vaksin

Ibu bapa juga boleh menyalurkan pelbagai maklumat mengenai vaksin Covid-19 kepada anak, termasuk manfaat dan kesannya dalam melindungi diri daripada wabak.

3. Periksa keadaan anak

Pada hari suntikan, pastikan anak anda berada dalam keadaan sihat. Jika anak demam, sebaik-baiknya tunda proses vaksin kepada hari lain.

When the teen boy wakes up sick in the morning, he takes his temperature with a digital thermometer.

4. Vaksin tidak diberikan kepada remaja dengan keadaan tertentu

Meskipun sudah boleh menerima suntikan vaksin Covid-19, ibu bapa perlu tahu remaja dengan keadaan tertentu tidak sesuai menerima suntikan seperti individu yang menghidap kanser, imunisasi tubuh tidak boleh melawan penyakit, sedang menjalani kimoterapi dan sebagainya.

Selepas menerima suntikan vaksin

Ujian klinikal vaksin terhadap kanak-kanak dan remaja mendapati kesan sampingan yang berlaku adalah tahap ringan seperti sakit pada bahagian suntikan.

Ada sesetengah pula akan demam namun ibu bapa tidak perlu bimbang kerana ini merupakan tanda tubuh anak yang sihat dan membentuk respons antibodi dalam badan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain