suria

Jaga-jaga... kucing pun boleh cemburu tau! Kenali tanda-tanda dan cara mengatasinya

Kucing boleh rasa cemburu sekiranya anda meluangkan masa dan perhatian yang lebih kepada objek, individu mahupun kucing anda yang lain.

SEPERTI manusia, kucing juga ada sifat keperibadian mereka tersendiri.

Antara perangai si bulus yang dapat anda lihat adalah rasa cemburu tetapi ia berbeza dengan manusia.

ARTIKEL BERKAITAN: Sayu! Kucing cedera mengesot rayu simpati, badan dibasahi air kencing... pemuda belum dikurniakan rezeki cahaya mata buatkan kerusi roda

Haiwan kesayangan anda menunjukkan tanda-tanda ini dengan memperlihatkan rasa agresif, persaingan dan hierarki mereka.

Cara ini menunjukkan mereka sedang berusaha untuk dapatkan apa yang diinginkan samada mainan atau belaian manja dari tuan mereka.

Kenapa kucing ada perasaan cemburu?

Sama seperti sesetengah manusia, perasaan cemburu itu mula terjadi apabila kita rasa disisihkan atau persekitaran sudah berubah.

Ada beberapa perkara tanda kecenderungan rasa cemburu ini timbul dalam diri si bulus.

cemburu 1

Kucing mula menunjukkan rasa cemburu apabila tuan mereka mula melebihkan perhatian terhadap objek, orang atau binatang lain selain mereka.

Mungkin kedatangan ahli baru seperti bayi dalam ahli keluarga atau haiwan kesayangan baru lahir lain.

Proses sosialisasi semasa kecil boleh menjuruskan seekor kucing itu menjadi terlampau bergantung atau terikat kepada anda.

Faktor lain yang mencetus kearah cemburu kucing juga adalah apabila kita fokus kepada telefon bimbit, permainan video mahupun hobi kita.

Mengubah rutin harian seperti jadual makan kucing anda juga menyebabkan kucing mula berubah tingkah laku.

Ada kalanya ruang yang terhad, tempat tidur dan juga barang-barang si bulus boleh mendorong hal ini jika kucing mula rasa terancam dengan haiwan peliharaan lain.

cemburu 2

Layan lah si bulus anda seperti anak sendiri kerana mereka sudah menjadi sebahagian daripada keluarga.

Si bulus yang cemburu mula mencari perhatian dengan menjadi lebih agresif seperti mencakar dan menggigit.

Jangan dipandang enteng hal ini kerana si bulus akan mula merosakkan, mengunyah dan mencakar perabot termasuklah langsir kesayangan di rumah dan tidak lupa juga menjatuhkan barang berkaca ke lantai.

Sesetengah kes lain kucing akan memancut air kencing ke dinding atau mana-mana kawasan di dalam rumah dengan sengaja walaupun kita sudah sediakan pasir untuk mereka membuang.

Agak sukar untuk atasi masalah cemburu kucing ini tetapi ada beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan sikap yang tidak diingini tersebut.

Mulakan dengan mencari punca yang memprovokasi mereka bersikap seperti ini.

Dari sini anda boleh mengatasi masalah dengan melihat sekeliling dan diri anda sendiri tentang apa yang telah berubah di dalam rumah.

cemburu

Jika anda baru menambah haiwan atau ahli keluarga baru dalam rumah, pastikan layanan yang diberikan adalah sama rata.

Luangkan lebih banyak masa bersama kucing anda dengan menghabiskan masa lapang bermain dan berikan perhatian kepada mereka.

Menyediakan tempat untuk kucing anda sangat membantu kerana si bulus suka dengan ruang peribadi mereka sendiri.

Sedikit demi sedikit anda boleh mulakan dengan ajar si bulus terima dan sesuaikan diri dengan perubahan tersebut.

Anda boleh mulakan dengan memberi 'hadiah' seperti snek makanan kucing, pujian serta perhatian mahupun pelukan semasa si bulus cuba menyesuaikan dengan objek atau orang baru.

Contohnya dengan memegang bayi baru sambil membelai atau bermain dengan si bulus anda ataupun jika orang dewasa, minta mereka untuk berikan makan kepada kucing anda.

Oleh kerana sifat hierarki yang lebih tinggi ada pada kucing, anda boleh memberi makan kepada kucing sebelum haiwan peliharaan baru untuk menunjukkan keutamaan dan kedudukan dalam rumah tersebut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Si bulus, oyen, cemburu, merajuk, haiwan, kesayangan

Artikel Lain