suria

"Bestnya kalau dapat tidur hujan-hujan ni"... Betul ke bunyi hujan boleh buat mengantuk, jom baca sebabnya!

Bunyi hujan memang boleh membuatkan seseorang berasa mengantuk.

STIMULASI audio baik lagu mahupun instrumental biasanya mampu membuatkan seseorang berasa lebih tenang dan membantu untuk tidur.

Namun mungkin ramai tidak perasan bahawa dalam daftar putar (playlist) menerusi aplikasi penstriman terdapat pelbagai audio bunyi hujan disediakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan hanya sebab kerengsaan, mata merah petanda gula dalam darah mencanak naik!

Rupa-rupanya bunyi hujan mampu membuatkan seseorang tertidur. Sebenarnya tiada magik berhubung perkara itu sebaliknya terdapat penjelasan secara ilmiah mengenainya.

Jadi mengapa bunyi hujan mampu membuatkan seseorang berasa mengantuk?

Kajian yang dilakukan Universiti Melbourne di Australia mendapati kandungan ion negatif di udara meningkat ketika hujan. Ion negatif itu terhasil akibat gesekan di antara petir, hujan dan udara.

Hujan

Bunyi hujan sangat menenangkan.

Ion negatif itu boleh meningkatkan sistem saraf, kardiovaskular, darah dan pernafasan. Ia sekaligus membuatkan seseorang berasa lebih tenang.

Ia juga memiliki kesan hipnosis sehingga membuatkan seseorang berasa mengantuk dan tertidur ketika hujan.

Selain itu, bunyi hujan lebih cenderung membuatkan seseorang berasa lebih stabil, tenang dan kurang rasa terancam dengan keadaan sekeliling.

Meskipun sering dianggap sebagai white noise, namun bunyi hujan sebenarnya berada dalam kategori pink noise yang membuatkan seseorang berasa lebih tenang.

Paling penting, apabila hari hujan kebanyakan daripada kita tidak dapat berbuat apa-apa dan lebih selesa duduk di dalam rumah.

Bunyi hujan, cuaca yang sejuk turut mendorong seseorang untuk menarik selimut dan tidur!

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain