KETIKA seorang lelaki dan wanita bersetuju menjalinkan hubungan cinta, sudah pastinya pasangan akan menjadi keutamaan dalam usaha mengenali hati budi sebelum melangkah ke fasa seterusnya iaitu perkahwinan. Kebiasaannya pada fasa ini, pasangan akan menunjukkan kasih sayang dan perhatian sebagai tanda cinta sehingga ada sesetengahnya sanggup melakukan apa sahaja demi insan tersayang.ARTIKEL BERKAITAN: Saintis universiti di Singapura guna peranti kesan masalah kemurungan, bakal perluas kajian libatkan 1,000 koresponden Namun cinta yang mekar juga boleh pudar sehingga menghambarkan sesuatu hubungan dan salah satu petanda itu berlaku apabila si dia tidak lagi memberi perhatian kepada pasangannya. Apa petanda kita bukan lagi keutamaan si dia? 1. Tidak lagi tunjukkan minat Setiap kali keluar bersama, si dia tidak lagi menunjukkan minat dengan merancang tempat berjumpa, aktiviti yang akan dilakukan atau membuat rancangan secara mengejut. Ada pula yang cepat naik angin jika diajak ke sesuatu tempat dan tiada lagi perkara yang menarik minatnya setiap kali keluar bersama. Sekiranya perkara itu berlaku, berhati-hatilah. Sebab mungkin kita bukan lagi keutamaan buatnya. 2. Muncul dan hilang Jika tidak lagi menjadi keutamaan, si dia hanya akan memberi kita perhatian kecil hanya demi membuat kita terikat dengannya. Selain itu, kelibatnya hanya muncul jika inginkan sesuatu dan selebihnya hilang - lebih baik berhati-hati kerana ini tanda ada orang lain yang menjadi keutamaannya. 3. Membiarkan pilihan sentiasa terbuka Apabila kita bukan lagi orang penting dalam hidup si dia, dia akan cuba menghindari komunikasi. Malah ketika keluar bersama, dia akan lebih gemar bercakap tentang perkara lain berbanding diri kita. Mengelak perbualan mengenai hubungan juga sebenarnya cara untuk dirinya mengelak dan membuatkan status hubungan itu nampak samar-samar. 4. Janji dan batal Berjanji untuk menjaga hati dan kemudiannya membatalkannya di saat akhir antara petanda si dia sudah hilang minat. Lebih menyakitkan hati, kita perlu sentiasa berkorban dan mencari masa untuk meluangkan masa bersamanya apabila si dia memerlukan kita. 5. Sikap acuh tak acuh Apabila mencintai seseorang, kita pasti akan ingat semua apa yang dikatakan. Setiap butiran kecil mengenai si dia dalam fikiran. Tetapi apabila si dia mula melupakan perkara-perkara penting dalam hubungan dan bersikap acuh tidak acuh, sudah sampai masanya anda angkat kaki! Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI