suria

Ramai mengadu makanan basi, ayam busuk di bazar Ramadan... jangan sampai terkena jangkitan salmonella

Ada peniaga tidak bertanggungjawab menjual makanan basi di bazar Ramadan.

SETIAP kali masuk bulan Ramadan, pasti banyak pendedahan di media sosial tentang peniaga bazar Ramadan yang tidak jujur malah ada yang menjual makanan basi!

Ada yang menjadi mangsa apabila ayam goreng dibeli tidak masak sepenuhnya atau sudah membusuk serta berulat yang sekiranya dimakan akan menyebabkan keracunan makanan.

ARTIKEL BERKAITAN: Panas! Pengusaha bazar Ramadan ditegur jangan recycle makanan, cheese leleh tak payah... peniaga lelaki sila bercukur, ada mengadu setiap tahun jumpa bulu

Terdapat pelbagai bahaya menanti sekiranya seseorang itu termakan makanan yang sudah basi dan tercemar dengan bakteria seperti salmonella.

Jangkitan bakteria salmonella dapat menyebabkan masalah keracunan makanan dan mengganggu sistem penghadaman.

623dcc3066be6

Jangkitan bakteria salmonella boleh membawa maut.

Meskipun ia tidak berbahaya tetapi ketika ia menjangkiti bayi, kanak-kanak kecil, warga emas, ibu mengandung atau yang mempunyai penyakit kronik, salmonella boleh menyebabkan maut.

Untuk meningkatkan langkah berjaga-jaga tentang bakteria ini, kenali terlebih dahulu apa itu salmonella dan jenis penyakit yang disebabkan olehnya.

Salmonella pertama kali ditemui oleh penyelidik Amerika Syarikat, Daniel E. Salmon pada 1885.

Bakteria ini biasanya hidup pada tubuh haiwan liar dan peliharaan seperti ayam, itik, burung, lembu, tikus malah kucing.

Manusia boleh dijangkiti bakteria ini apabila memakan daging haiwan tersebut terutamanya jika ia tidak dimasak dengan baik atau masih mentah.

Minum air yang tercemar dengan bakteria itu juga boleh menyebabkan keracunan dan biasanya tiga jenis bakteria disebabkan salmonella adalah tipes dan demam tifoid.

553

Ada segelintir peniaga tidak bertanggungjawab menjual makanan basi di bazar Ramadan.

1. Salmonellosis

Penyakit jangkitan bakteria salmonella atau salmonellosis boleh menyebabkan sakit perut. Gejala biasa antaranya adalah berasa mual, muntah, cirit-birit, demam dan sakit kepala.

Tanda dan gejala salmonellosis ini biasanya boleh berlanjutan sehingga tujuh hari manakala cirit-birit boleh berlaku sampai 10 hari.

065153900_1527529966-6-Penyakit-Berbahaya-yang-Berawal-dari-Sakit-Perut-By-Sasin-Paraksa-shutterstock

Seseorang boleh mengalami sakit perut akibat jangkitan salmonella.

2. Tipes

Penyakit tipes dan paratipes disebabkan bakteria Salmonella typhi dan Salmonella paratyphi. Penyakit ini menyebabkan seseorang mengalami gejala gejala demam panas, sakit perut, badan lemah, sakit kepala, cirit-birit atau sembelit, batuk, tidak nafsu makan, dan muncul ruam dan bintik-bintik kemerahan pada badan.

Segala jenis penyakit menular yang disebabkan bakteria salmonella tidak boleh dibiarkan dan perlu mendapat rawatan segera. Jika ia tidak ditangani, pesakit boleh menderita komplikasi seperti dehidrasi, bakteremia dan reaktif artritis.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain