suria

Anak Amar Baharin, Amyra Rosli dijangkiti Kawasaki... Penyakit apa tu? Ini info yang ibu bapa perlu ambil tahu

Anak pasangan Amar Baharin dan Amyra Rosli iaitu Ayra Aryysa disahkan dijangkiti virus kawasaki.

LAPORAN mengenai anak perempuan pasangan selebriti Amar Baharin dan Amyra Rosli yang mengalami demam teruk sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital akibat virus kawasaki menjadi tumpuan.

Tidak hanya demam, tahap kandungan oksigen Ayra Aryssa yang baharu berusia dua tahun menurun secara tiba-tiba menambah kebimbangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Amar Baharin diduga lagi, selepas Amyra Rosli sembuh daripada penyakit misteri, anak pula masuk hospital akibat demam panas

ARTIKEL BERKAITAN: Awas ibu bapa, anak gemuk beri kesan psikologi dan pelajaran... Kawal pemakanan kanak-kanak, bantu cegah obesiti

Ramai juga melahirkan kebimbangan terhadap virus itu kerana namanya yang kedengaran asing dan timbul persoalan adakah ia mampu berjangkit kepada kanak-kanak yang lain?

Virus kawasaki sebenarnya adalah sejenis penyakit keradangan pada pembuluh darah yang dapat berkembang menjadi penyakit jantung sekiranya pesakit tidak menerima rawatan dengan segera.

Meskipun tidak dapat dipastikan punca virus itu berlaku namun kawasakii biasa menjangkiti kanak-kanak di bawah usia lima tahun dan akan menyerang bahagian mulut, kulit dan kelenjar.

Lightning+Learning+-+Kawasaki+Disease+(banner)

Lidah menjadi merah dan badan dinaiki ruam antara gejala virus kawasaki.

Selain itu gelaja awal penyakit ini adalah kanak-kanak akan mengalami demam panas selain kulit mengalami ruam kemerah-merahan di hampir seluruh bahagian tubuh.

Sumber daripada MyHeart Community melaporkan virus itu pertama kali direkodkan pada 1967 di Jepun oleh Dr Tomisaku Kawasaki dan penyebab utama virus ini masih tidak dapat dikenal pasti sehingga ke hari ini.

Untuk mencegah keradangan pada dinding pembuluh darah jantung, penyakit ini perlu segera dirawat. Jika pesakit dapat dikesan dan menerima rawatan biasanya mereka dapat pulih dalam masa beberapa hari.

Suhu badan kanak-kanak yang dijangkiti kawasaki boleh mencecah 38-40 darjah celcius melebihi empat hari dan tidak boleh kebah menggunakan ubat demam biasa.

Simptom lain pula akan muncul dalam tempoh 14 hari sejak demam pertama berlaku. Berikut adalah gejala-gejala kanak-kanak telah dijangkiti virus kawasaki.

importedImage358830_header

Bayi juga boleh mengalami masalah ini.

1. Kelenjar membesar terutamanya di bahagian leher

2. Tangan atau tapak kaki membengkak dan menjadi kemerah-merahan

3. Konjunktivitis, iaitu mata merah tetapi tidak berair

4. Lidah menjadi merah, bengkak dan bibir pecah

5. Ruam teruk pada kulit

6. Kemerahan pada tempat suntikan BCG di lengan

7. Kulit mengelupas pada hujung jari tangan dan kaki selepas dua minggu

Gejala-gejala tersebut datang dalam tiga peringkat berbeza dan malangnya virus itu boleh menyebabkan masalah jantung pada hari 10 hingga ke 14 selepas simptom pertama bermula.

Amyra Amar

Keadaan anak pasangan ini beransur pulih.

Manakala ada dalam kalangan pesakit lain boleh mengalami keradangan atau sakit sendi pada hari ke-25 virus itu menjangkiti kanak-kanak.

Bergantung kepada kecepatan mengesan dan rawatan, virus ini juga boleh berterusan sehingga lapan minggu sebelum benar-benar pulih.

Sementara itu, bagi ibu bapa, periksa suhu badan anak-anak ketika mereka demam. Sekiranya suhu tinggi dalam tempoh yang lama dan tidak pulih selepas diberikan ubat, segera bawa ke hospital.

Simptom lain juga perlu diperhatikan apatah lagi sekiranya anak berumur di bawah setahun.

Antara rawatan yang akan diberikan kepada pesakit adalah dengan memberi ubat Intravenous immunoglobulin (IVIG), aspirin dan kortikosteroid.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain