suria

Anak bukan tempat lepaskan marah... Ketahui cara tegur tanpa perlu tengking

Menengking memang membuatkan anak menjadi patuh dan mudah diatur

SEGELINTIR ibu bapa sudah terbiasa membesarkan anak-anak dalam situasi sama ada sedang mengamuk atau menunjukkan kelakuan yang kurang baik.

Perkara ini sering terjadi kerana ibu bapa tidak dapat menahan sabar atau berasa penat setelah seharian bekerja.

ARTIKEL BERKAITAN: Rasa nak marah? Cuba tarik nafas dalam-dalam... Ini cara kawal rasa amarah, paling penting jangan abaikan emosi diri

Menengking mungkin membuatkan seseorang itu mendengar kata, namun ia bukanlah cara yang wajar dalam mendidik anak-anak.

Doktor kanak-kanak, Kimberly Churbock menjelaskan bahawa anak-anak seperti span. Mereka cepat menangkap bahasa tubuh dan isyarat verbal ibu bapa.

"Jadi, ketika anda marah atau cemas, mereka mungkin menangkapnya dan menjadi bingung dan takut atau tidak tahu bagaimana harus bertindak balas," ujarnya.

Menengking memang membuatkan anak menjadi patuh dan mudah diatur

Mendidik anak bukan dengan cara menengking

Menengking atau berbicara dengan nada tinggi kepada anak sesekali diperlukan supaya mereka mengerti apa yang perlu dilarang.

Namun, cara seperti itu adalah tidak baik. Jadi, ibu bapa harus berusaha memberitahu anak tanpa perlu menengking. Bagaimana caranya?

1. Bersikap positif

Anak umumnya mengalami kesulitan mengatur emosi. Anak cenderung melihat bagaimana sikap ibu bapa ketika mengekspresikan emosi.

Hal itu merupakan kitaran yang akan dipengaruhi dalam diri anak-anak.

orang-tua-menasehati-anak-_151231074328-817

Anak-anak mudah dibentuk sewaktu kecil.

Sebaik-baiknya, ibu bapa perlu belajar menguruskan situasi saat anak sukar dikawal atau sedang mengamuk.

Daripada menengkingnya secara langsung, dekati anak dengan sikap yang tenang dan mereka juga akan terikut dengan perwatakan sama.

Amat penting untuk menghargai anak anda apabila mereka sudah pandai mengawal emosi dengan berkelakuan baik, misalnya tidak meragam apabila tidak membelikan mainan pilihannya.

Churbock menjelaskan lagi bahawa impak positif dan pujian atas perilaku yang baik jauh lebih efektif berbanding komunikasi mendisiplinkan secara negatif.

S05-yda-Productions-shutterstock_320401424-1200x675

2. Harus bersabar

Kesabaran memang ada batasnya. Namun, itu tergantung dari bagaimana cara ibu bapa mengatur emosi mereka supaya tidak melepaskan marah saat menegur anak.

Seperti yang sudah disebutkan, anak akan menangkap nada dan bahasa tubuh dari ibu bapa.

Ujar Churbock lagi, anda harus memperhatikan kata-kata dan bahasa tubuh anda. Apakah anda berinteraksi langsung dengan anak atau orang dewasa dan pengasuh lain.

Tambah pakar pediatrik Cleveland Clinic ini, bersabar mungkin perkara yang sukar untuk dilakukan bagi ibu bapa yang menerapkan co-parenting atau mengasuh anak tiri dari pasangannya.

Tapi dengan mengawal emosi dan tidak bertutur sebarangan akan membantu ibu bapa mengendalikan situasi yang terkawal saat berbicara dengan anak.

a13d9a65-5e1d-4372-b49e-31c51ade8d89_169

3. Jangan berteriak

Kata-kata ibu bapa boleh meninggalkan kesan bukan saja dalam hati, malah pemikiran anak sekiranya mereka diberikan layanan yang kasar.

Seiring dengan perkembangan usia, permata hati ini akan memiliki nada dan kosa kata yang tersendiri untuk mengungkapkan keinginan dan keperluannya.

Daripada memberitahu anak dengan cara berteriak, adalah lebih baik berbicara dengan penuh kesabaran.

Ini kerana anak mungkin menunjukkan reaksi sama seperti yang dilakukan ibu bapanya.

image-24

4. Beri anak pilihan

Cara ini dijelaskan oleh Churbock sebagai tipu helah untuk memberi anak rasa percaya diri walaupun ibu bapa memintanya melakukan tugas yang tidak diingininya.

Misalnya dengan memberi kesempatan bagi anak untuk membawa mainan kegemarannya ke dalam bilik mandi apabila sukar diajak untuk mandi.

Walau bagaimanapun, jika anak sedang mengamuk jangan selalu mengikut kemahuannya.

Ini menyebabkan anak boleh menganggapnya sebagai cara mudah untuk mendapat segala permintaannya.

920732910

5. Mempunyai had

Anak biasanya membalas dengan baik sekiranya ibu bapa memberikan kesempatan untuknya berbuat baik.

Daripada menengking atau berteriak, ada baiknya ibu bapa mengira dengan tegas sampai lima atau beri had waktu untuknya melakukan apa yang diminta.

Dengan memperjelas bahawa ada batasan untuk tindakan anak, ibu bapa dapat membalikkan keadaaan sesuai dengan keinginannya.

Berhadapan dengan anak kadang-kadang memerlukan kesabaran yang tinggi, tetapi ibu bapa sebagai 'role model' seharus berfikiran terbuka dalam apa jua keadaan.

Sentiasa bersikap tenang dan menstabilkan emosi sewaktu mengendalikan anak.

Mula berkomunikasi secara terbuka untuk memberikan anak kesempatan untuk menunjukkan tindak balas dengan baik.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain