suria

Bukan perkara aneh, ketahui 5 sebab kenapa ada orang tak balik kampung ketika Aidilfitri

Perayaan kali ini sangat bermakna bagi semua rakyat Malaysia.

SYAWAL telah tiba dan semua dapat menyambut hari istimewa ini dengan riang di kampung halaman masing-masing selepas dua tahun tidak dapat berbuat demikian.

Namun di sebalik kemeriahan itu, ada juga golongan yang tidak berkesempatan untuk pulang ke kampung dan pastinya, ada sebab tertentu mengapa perkara itu terjadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Lebuh raya dijangka sesak hujung minggu ini... Ibu bapa yang ada si kecil, ini tip agar anak tak meragam dalam kereta

Kebiasaannya, alasan utama mengapa seseorang itu tidak pulang ke kampung adalah perlu bertugas atau tiada kampung halaman.

Tetapi tahukah anda, selain dua alasan itu, terdapat beberapa sebab lain mengapa seseorang itu memilih untuk tidak beraya di kampung pada musim perayaan.

dompet-kosong-wallet-duit-1024x768

1. Isu kewangan

Perbelanjaan ketika musim perayaan biasanya akan meningkat berlipat kali ganda seperti perlu membeli pakaian baharu, kuih raya, menyediakan duit raya dan sebagainya.

Itu belum termasuk dengan kos perbelanjaan pulang ke kampung apatah lagi bagi yang sudah berkahwin, perbelanjaan perlu dikeluarkan pastinya lebih daripada biasa.

Ini termasuklah bagi yang berasal dari Sabah dan Sarawak, yang perlu menggunakan kapal terbang untuk pulang dan kos tiket pada musim perayaan boleh dikatakan tidak masuk akal!

ziarah-raya-1-1

2. Bukan tradisi pulang ke kampung

Kebanyakan masyarakat Melayu akan pulang ke kampung dan ia sudah menjadi tradisi setiap tahun. Tetapi ada juga golongan yang lebih selesa untuk menyambut lebaran di bandar.

Bagi golongan ini, apa lebih penting adalah berkumpul bersama keluarga sendiri dan tidak semestinya perlu pulang ke kampung.

d00df226-e2c4-4726-8415-564e017914e6_169

3. Fobia penularan Covid-19

Walaupun sudah berubah ke fasa endemik, ada sesetengah orang yang sangat menjaga kesihatannya supaya tidak terkena jangkitan Covid-19.

Apabila semua orang pulang ke kampung, pasti kawasan Rehat dan Rawat (R&R) menjadi sesak. Disebabkan itu, orang yang sangat mementingkan kesihatan tidak akan pulang ke kampung kerana takut akan terkena jangkitan virus.

Bagi mereka, lebih baik pulang ke kampung selepas perayaan atau selepas keadaan trafik menjadi kembali normal supaya tidak bersesak dengan orang ramai.

45B44FD7-2AAF-4DC2-B267-EC54D59CC1E8

4. Malas hadap kesesakan lalu lintas

Kesesakan lalu lintas di lebuhraya utama pasti berlaku setiap kali tibanya musim perayaan dan ini juga menjadi alasan mengapa sesetengah orang lebih rela menyambut Aidilfitri di bandar.

GettyImages-554994211

5. Tiada saudara-mara di kampung

Golongan ini biasanya sudah kehilangan kedua ibu bapa dan tidak mempunyai saudara mara di kampung halaman dan atas sebab itu mereka tidak pulang ke kampung.

Kepulangan mereka mungkin hanya akan menyebabkan rasa sedih apabila terkenangkan memori bersama kedua orang tua.

Sebenarnya tidak kira berhari raya di kampung atau bandar, apa paling penting adalah menghayati kedatangan Syawal dengan penuh syukur.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain