suria

Ketahui bagaimana kajian mendapati pelukan dapat kurangkan tekanan pada wanita

Pelukan dapat membantu menurunkan kadar tekanan wanita.

PELUKAN dianggap sebagai salah satu bentuk ekspresi kasih sayang terhadap pasangan yang mampu mengubah keadaan yang tegang kepada romantis.

Sebenarnya, pelukan tidak hanya mewujudkan rasa sayang dan diingini oleh pasangan sebaliknya ia mampu menurunkan kadar stres pada seorang wanita.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan panggil botak! Lelaki UK rasa seperti gurauan lucah... Mahkamah anggap gangguan seksual setaraf isu payudara wanita

Ini disebabkan wanita memiliki respons tekanan secara biologi lebih rendah berbanding mereka yang tidak memeluk pasangannya.

Apa pula kaitan tekanan dengan memeluk pasangan?

Penurunan tekanan wanita apabila dipeluk pasangan adalah melalui kadar hormon kortisol. Kajian sebelum ini mendapati, urutan, pelukan yang dikombinasikan dengan memegang tangan dapat mengurangkan tekanan pada kaum itu.

Perkara sama akan berlaku apabila si suami mengucapkan kata-kata romantik pada isteri ketika memeluknya.

628727438504b

Pelukan dengan pasangan dapat mengurangkan respons kortisol pada wanita yang mengalami tekanan.

Tapi sayangnya, tindakan itu tidak menunjukkan hasil kepada seorang lelaki dalam kajian kesan pelukan yang dilakukan.

Sementara itu, seorang penyelidik, Gesa Berretz dari Universiti Rhur-Bochum, Jerman menganalisa 76 pasangan dengan meminta separuh daripada koresponden berpelukan dengan pasangan, sementara selebihnya tidak.

Semua responden kemudiannya menjalani ujian tekanan dengan memasukkan satu tangan ke dalam air berisi ais selama tiga minit.

Sepanjang ujian itu, penyelidik mengukur tahap tekanan termasuk kadar kortisol saliva (air liur) sebelum dan selepas ujian.

Hasilnya, wanita yang memeluk pasangannya mempunyai respons terhadap kortisol lebih rendah berbanding yang tidak memeluk pasangan.

Selain mengesan melalui kortisol saliva, penyelidik turut menganalisis tekanan darah dan keadaan emosi responden dalam kajian itu.

Kesimpulan daripada kajian itu mendapati, berpelukan dengan pasangan dapat mengurangkan respons kortisol pada wanita yang mengalami tekanan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain