suria

“Pencuci wanita adalah scam!” – Doktor tegur influencer pertahan produk ‘Miss V’

Tangkap layar video seorang influencer mempertahankan produk pencuci wanita di TikTok.

KECOH di media sosial mengenai isu lambakan pencuci faraj atau vagina di pasaran, sehingga dipromosikan di media sosial secara terang-terangan.

Seorang personaliti media sosial yang mempunyai 1.8 juta pengikut juga cuba mempertahankan produk yang didakwa mampu mencuci 'Miss V' dengan baik.

"Aku rasa ramai je yang dah tahu sebenarnya kita punya Miss V ni memang dah ada agen pencuci sendiri dan tak perlu pakai sabun.

"Tapi kadang-kadang aku rasa insecure dengan Miss V aku... aku rasa macam tak bersih. Aku yang bujang ni pun boleh rasa macam tu, apatah lagi yang dah kahwin.

"Diri sendiri tahu tak payahlah cuci, biar je. Tapi satu part dalam otak kita ni rasa macam tak bersih, kena cuci ni, kena sental juga ni.

"Dia atas individu itu sendiri, kalau rasa nak beli... beli. Kalau rasa tak perlu beli, tak perlu," katanya menerusi video berdurasi lebih seminit di aplikasi TikTok.

pencuci wanita scam 4

Pencuci wanita akan menyebabkan radang dan iritasi. -gambar hiasan

Video tersebut mendapat kecaman ramai termasuk menerima teguran dalam kalangan pengamal perubatan bahawa sabun 'Miss V' tidak baik untuk kesihatan alat sulit wanita.

Bercakap kepada mStar, Dr Irma Izzati Abd Malek berkata, pencuci wanita adalah tidak perlu kerana boleh mengganggu keharmonian dan keseimbangan pH vagina.

ARTIKEL BERKAITAN: Miss V anda tidak normal jika gatal, berbau... ini 5 cara menghindarinya

Menurut doktor yang berpengalaman dalam bidang perbidanan dan sakit puan itu, bakteria baik contohnya seperti lactobacillus adalah paling banyak di vagina dan usus yang berfungsi sebagai 'mekanisme pertahanan' faraj untuk menghalang jangkitan koloni bakteria jahat.

"Pencuci wanita adalah scam. Vagina adalah self cleaning organ (membersihkan diri sendiri) sebab ia ada lembapan yang optimum dan keputihan yang normal.

"Kulit bahagian perineum wanita adalah sangat sensitif dan penggunaan pencuci wanita boleh sebabkan radang dan iritasi yang mana akhirnya lagi senang dapat jangkitan. Kesan tersebut tak akan nampak dalam masa terdekat tapi dalam jangka panjang," katanya ketika dihubungi mStar.

pencuci wanita scam 2

Dr Irma memberi penjelasan mengenai isu pencuci wanita di TikTok.

Berpengalaman selama 12 tahun dalam bidang perubatan, Dr Irma menjelaskan mengenai cara penjagaan vagina yang betul.

1. Bersih atau lalukan dengan air mengalir yang bersih (menggunakan air paip biasa, tanpa perlu sabun atau pencuci wanita).

2. Sebaiknya trim bulu kemaluan dengan gunting (bukan wax atau cukur. Kalau nak cukur juga ikut alur tumbuh bulu dan jangan guna pencukur berulang kali.

3. Sebaiknya tukar cotton panties dengan kerap. Jika mahu menggunakan pantyliner, pastikan tukar tiga hingga empat sekali. Guna yang natural, bukan jenis bau wangi atau herba.

4. Sebelum pakai panties, bagi kering dulu dengan lap kemaluan dari depan ke belakang.

5. Sentiasa pergi kencing dan basuh terus sejurus selepas melakukan hubungan kelamin.

6. Jika mengalami keputihan tidak normal (gatal, berbau busuk/ hanyir, bertukar warna kuning/ hijau/ kelabu/ coklat/ campur darah) dinasihatkan supaya terus jumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Bukan cari pencuci wanita di TikTok atau farmasi.

pencuci wanita scam 5

Membersih menggunakan air paip biasa, tanpa perlu sabun atau pencuci wanita.

Sementara itu, dalam video berasingan, influencer berkenaan memohon maaf sekiranya posting yang dimuat naiknya mengenai pencuci Miss V dianggap mengelirukan.

"Dalam hidup ni kita diberi pilihan yang baik dan buruk untuk kita. Jika anda berani buat, anda kena tanggunglah akibatnya. Ada je influencer yang promote vape yang kita tahu vape tu memudaratkan dan tak elok untuk paru-paru kita.

Vagina adalah self cleaning organ (membersihkan diri sendiri) sebab ia ada lembapan yang optimum dan keputihan yang normal.

DR IRMA

"Majoriti pun tahu hisap rokok dan vape membahayakan kesihatan. Tak ada spread awareness? Tipulah, kat kotak rokok pun ada tulis membahayakan kesihatan. Tapi orang masih mengambilnya," kata influencer berkenaan.

Bagaimanapun, kedua-dua video tersebut telah dipadam dari akaun influencer berkenaan.

pencuci wanita scam 3

Dr Irma berpengalaman dalam bidang perbidanan dan sakit puan.

Susulan kenyataan balas influencer tersebut, Dr Irma mengakui bimbang terhadap kesihatan bakal pesakit-pesakit dan setiap doktor mempunyai tanggungjawab sosial untuk mewujudkan kesedaran kepada masyarakat dengan berkongsi ilmu mengenai kesihatan.

"Tak mudah nak normalkan benda yang betul dan betulkan benda yang dianggap normal. Bila anda tiba-tiba keluarkan tentang ‘hak pengguna’ samakan dengan vape atau rokok dalam video minta maaf tu, then i rest my case.

"Kalau cakap pilihan masing-masing, itu apply kepada orang yang tahu apa betul dan salah. Masalahnya you dah cakap, you dah pengaruh... orang yang terpengaruh tu mungkin tak ada ilmu langsung atau tak tahu langsung tentang ni. Itu fungsi doktor (beri kesedaran)," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain