suria

Ketahui 6 tabiat buruk menjengkelkan di mata orang lain, tapi ada kebaikan untuk anda

Gosip dikatakan boleh membantu mengurangkan tekanan dan kebimbangan. foto Freepik

SAMA ada sedar atau tidak, antara kita pasti mempunyai tabiat buruk.

Segelintir orang mungkin mengeluh tentang tabiat buruk anda, tetapi kini anda boleh mengatakan sebahagian daripadanya mungkin baik untuk anda.

Ternyata beberapa kelemahan atau tabiat buruk kita boleh membawa kebaikan kepada kesihatan, menurut pakar.

Menurut The Sun, terdapat beberapa tabiat buruk yang dikatakan oleh saintis boleh memberi lebih banyak kebaikan kepada anda daripada keburukan.

Berikut adalah beberapa tabiat buruk yang sebenarnya memberi kebaikan kepada kesihatan anda:

tidak kemas freepik

Bilik yang tidak kemas. foto Freepik

1. Tidak kemas

Mungkin tidak ramai orang yang mengaku menyukai orang yang tidak kemas, tetapi ia sebenarnya boleh menggambarkan anda seorang yang bijak.

Jika si kecil anda meninggalkan barang-barang di sekeliling rumah, ada kemungkinan mereka seorang yang genius.

Ini kerana menurut Universiti Minnesota, bersikap sedikit tidak kemas dilihat sebagai tanda kepintaran.

2. Datang lambat

Kebiasaannya akan ada seseorang yang tidak menepati masa, dan jika ini adalah tabiat anda, maka anda kini mempunyai sebab bersikap demikian.

Lain kali jika ada yang marah kerana anda tiba lewat, anda boleh memaklumkan mereka bahawa orang yang easy going berkaitan dengan masa berkemungkinan kurang tertekan.

Ia turut dinyatakan dalam kajian yang dijalankan oleh Sekolah Perubatan Harvard. Jadi, kemungkinan besar jika anda sering lewat, anda mungkin seorang yang lebih ceria.

datang lambat freepik katemangostar

Orang yang sering lewat dikatakan lebih ceria. foto Freepik / Katemangostar

3. Tidur lama

Walaupun mungkin ada yang tidak gemar dengan tindakan anda sering menukar masa tunda pada jam penggera, ini memberi kebaikan kepada kesihatan anda.

Pakar memberitahu bahawa tidur lebih lama didapati dapat mengurangkan tekanan dan meningkatkan ingatan anda.

Tidur yang tidak mencukupi pula meningkatkan risiko serangan jantung.

tidur lama freepik yanalya

Tidur lebih lama didapati dapat mengurangkan tekanan dan meningkatkan ingatan. foto Freepik / Yanalya

4. Main rambut

Mengusik rambut anda dikatakan dapat membantu menghilangkan kebosanan.

Pada 2014, satu kajian mendedahkan bermain dengan rambut sendiri boleh mengatasi kebosanan apabila anda gagal menumpukan perhatian.

Ia juga boleh membantu mengurangkan kebimbangan.

tabiat buruk freepik cookie_studio

Bermain rambut membantu menghilangkan kebosanan. foto Freepik / Cookie_studio

5. Kencing ketika mandi

Segelintir orang mungkin menganggap ini sebagai tabiat yang kotor, tetapi ternyata ada kebaikan untuk kencing anda.

Air kencing mengandungi asid urik dan ammonia, yang bermaksud membuang air kecil semasa mandi boleh mengurangkan peluang terkena jangkitan kulat pada kaki anda.

Bagaimanapun, ia tidak begitu bagus jika anda mengalami luka. Ini kerana ia boleh menyebabkan anda mendapat jangkitan kuman.

kencing freepik wayhomestudio

Membuang air kecil ketika mandi. foto Freepik / Wayhomestudio

6. Bergosip

Gosip dikatakan boleh membantu mengurangkan tekanan dan kebimbangan.

Ternyata berbual baik dengan pasangan anda boleh merapatkan hubungan dan mencetuskan ketawa, yang membantu melepaskan hormon perasaan yang baik.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain