suria

Sajat buat ‘medical review’, ajar jangan meneran elak buasir... Ini ulasan doktor, siap cerita ada 7 jenis najis

Dr Muhamad Hazwan berkongsi ilmu mengenai penyakit buasir.

SIAPA yang tidak kenal dengan usahawan kosmetik kontroversi, Nur Sajat Kamaruzzaman?

Sungguhpun kini menetap jauh di Australia, Nur Sajat atau lebih dikenali sebagai Sajat kerap berinteraksi dengan pengikutnya dan netizen dari Malaysia menerusi aplikasi TikTok.

Kerap berkongsi video aktivitinya di negara kanggaru tersebut, namun salah satu videonya yang membicarakan masalah buasir mendapat perhatian ramai, termasuk doktor.

sajat

Tangkap layar video 'medical review' yang dibuat oleh Sajat.

Bersetuju dengan pendapat usahawan tersebut, seorang doktor, Dr Muhamad Hazwan Nazri tampil mengulas lebih lanjut dari segi perubatan mengenai masalah buasir yang dihadapi oleh kebanyakan individu.

"Sebenarnya ia ada mekanisme sendiri. Pertama sekali, cuba kenal pasti dulu najis anda. Berdasarkan Bristol Tool Chart (carta najis Bristol) di mana doktor nak lihat kesihatan usus anda.

"Anda membuang dan najisnya bagaimana? Itu semua main peranan. Di dalam carta ini ada tujuh jenis najis. Untuk kedudukan pertama dan kedua, bermakna najis anda keras.

ARTIKEL BERKAITAN: Kenali najis melalui warna dan apa petandanya... Jangan geli, kena ambil tahu!

"Kedudukan lima, enam dan tujuh, berdasarkan carta tersebut, najis anda kategori cirit birit. Najis yang normal adalah pada kedudukan ketiga dan keempat sahaja.

carta

Carta Najis Bristol menghuraikan mengenai jenis dan ciri-ciri najis.

"Jadi jika najis anda pada kedudukan tiga dan empat, tidak perlu teran kerana ia akan keluar sendiri. Kalau najis anda keras, kemudian meneran, memang buasir," ulasnya menerusi video TikTok Dr1share.

Memetik laman Rootofscience, terdapat 10 penyebab berlakunya buasir iaitu sembelit, kehamilan, penuaan, cirit birit, duduk terlalu lama di tandas, angkat berat, diet (kurang serat dalam pemakanan), hubungan kelamin melalui dubur, obesiti dan genetik.

Seseorang yang mengalami buasir berdepan dengan masalah ketika membuang air besar dan simptomnya adalah seperti najis berdarah, benjolan pada dubur, sakit semasa dan selepas membuang air besar, serta gatal dan pedih pada dubur.

sayur

Amalan memakan sayur-sayuran dan buah-buahan dapat membantu melembutkan najis.

Bagi mengelakkan masalah buasir serta sembelit, Dr Muhamad Hazwan turut berkongsi empat tip agar bagi melembutkan najis.

1) Makan buah atau sayur

2) Minum air kosong secukupnya

3) Pengambilan probiotik

4) Tidak mengambil ubat atau suplemen sesuka hati

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain