suria

Menyusu bayi bantu kurangkan berat badan, kalau mahu diet untuk cepat kurus ada syaratnya

Wanita perlu mengambil makanan berkhasiat untuk memulihkan tubuh selepas bersalin. Foto:FAIHAN GHANI/The Star.

MEREKA yang pertama kali hamil pastinya teruja untuk menyambut cahaya mata sulung.

Selepas berperang dengan kesakitan ketika proses kelahiran bayi, si ibu juga bakal melalui fasa yang mencabar untuk memulihkan tubuh mereka sepenuhnya.

Terdapat sesetengah ibu yang terlalu sibuk menjaga bayi dan ahli keluarga yang lain sehingga tidak mengendahkan pengambilan makanan mereka sendiri.

Jadi, penting untuk mereka merancang hidangan yang ringkas tetapi berkhasiat dengan memilih pelbagai makanan daripada kesemua kumpulan di dalam Piramid Makanan Malaysia.

1. Apa yang patut saya makan selepas bersalin?

Beri tumpuan kepada pengambilan bijirin penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta makanan yang kaya dengan protein, kalsium dan zat besi. Berikut adalah kumpulan makanan utama yang anda harus makan setiap hari:

- Pelbagai jenis bijirin seperti beras, gandum, jagung, barli terutama bijirin penuh. Produk bijirin seperti roti, pelbagai jenis mi dan pasta juga boleh diambil.

1313206

Makanan berkhasiat penting untuk proses pemulihan tubuh wanita selepas bersalin.

- Sumber protein haiwan seperti telur, daging dan ikan dan/atau sumber protein tumbuhan seperti kacang dal dan kacang soya.

- Susu dan produk tenusu seperti susu rendah lemak, yogurt dan keju.

- Semua jenis buah-buahan dan sayur-sayuran segar, sama ada dimakan mentah atau dimasak.

2. Berapa banyak saya harus minum semasa menyusukan bayi?

Ibu perlu minum apabila berasa dahaga. Walau bagaimanapun, urin yang berwarna cerah boleh dijadikan petanda yang anda telah mengambil air dengan secukupnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Susu ibu makin sikit ketika berpuasa, badan pula letih melampau... Ikuti tip ini agar tetap cergas dan bertenaga

Kebanyakan ibu akan berasa dahaga apabila menyusukan bayi, terutama bayi yang baru dilahirkan. Oleh itu, sentiasa sediakan bekalan air berhampiran dengan anda semasa menyusukan bayi.

Anda tidak perlu minum secara berlebihan kerana ia tidak membantu untuk meningkatkan penghasilan susu namun ia mungkin membuatkan anda berasa tidak selesa.

3. Bolehkah saya mengurangkan berat badan semasa menyusukan bayi?

Menurut portal MyHealth, menyusukan bayi membantu membakar lemak yang tersimpan semasa hamil untuk menghasilkan susu ibu. Ibu yang menyusukan bayi boleh kehilangan berat badan sebanyak lebih kurang 0.5 kilogram (kg) sebulan hanya melalui penggunaan tenaga untuk penghasilan susu ibu.

Photos of clean water for story of access to clean drinking water is still a distant dream for some Malaysians. — IZZRAFIQ ALIAS/The Star

Wanita dinasihatkan agar menyediakan bekalan air berhampiran mereka ketika menyusukan bayi.

Jika anda membuat keputusan untuk mengurangkan sedikit pengambilan makanan, tunggu sehingga enam atau lapan minggu selepas melahirkan bayi. Anda memerlukan tenaga dan nutrien yang mencukupi untuk kekal sihat, aktif dan berkemampuan untuk menjaga bayi.

Anda dinasihatkan untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan dengan menggabungkan amalan pengambilan makanan yang seimbang dan kurang lemak serta melakukan senaman secara sederhana.

Pengurangan berat badan yang mendadak boleh membahayakan bayi memandangkan toksin yang tersimpan di dalam lemak ibu boleh terbebas, masuk ke dalam darah dan seterusnya masuk ke dalam susu ibu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain