MESKIPUN ibu bapa sering mengikuti perkembangan tumbesaran anak-anak, namun masih ramai yang tidak dapat mengenal pasti petunjuk bahawa si kecil menghidap autisme. Begitulah yang dilalui Farha Maskury selepas anak ketiganya, Izzul I'jaaz kelihatan seperti kanak-kanak normal walaupun semasa berada di taska. ARTIKEL BERKAITAN: Disangka autisme, rupanya 2 anak hidap MPS II! Ibu bapa perlu tahu tentang ‘penyakit jarang jumpa’, diagnos boleh makan masa 2 tahun Malah katanya, masalah sebenar Izzul hanya disedari semasa usia enam tahun iaitu selepas dia tidak boleh berada di kawasan awam. Justeru, dia mendapatkan konsultasi bersama pakar serta mula mengenal pasti kembali tingkah laku anaknya sejak kecil. Berkongsi mengenainya, Farha menyenaraikan lapan tanda autisme yang dilihat dari sisi anaknya itu. 1) Limited words Walaupun boleh sebut 123 dan ABC, tapi dia tak boleh bersembang. Izzul tak pernah bertanya dan hanya meminta, contohnya 'nak susu', 'nak makan'... ayatnya juga pendek sahaja. Umur 5 tahun ada sedikit perkembangan positif tapi hanya maksimum empat patah perkataan seperti 'Mama, Izzul nak canai (roti canai)' atau 'Mama, Izzul nak ABC telefon (YouTube)'. 2) Eye-trailing Sekitar umur 2 hingga 3 tahun, apabila ternampak garisan, matanya melirik ke garisan tu dan berjalan ulang alik dari satu hujung sini ke hujung sana. Contohnya karpet di mana Izzul akan berjalan sambil pandang garisan dan ulang pusing beberapa kali. Paling dapat dirakam ialah wayar elektrik yang mana matanya melirik ikut warna sambil berjalan. 3) Suka pusingkan roda Nampak stroller kanak-kanak lain, memang dia akan pergi ke roda nak pusingkan. Main lori atau kereta pun pusing-pusingkan roda. Belikan basikal, diterbalikkan basikal dan pusing roda. Masa ni belum ada awareness pasal autisme. Maka tak rasa ia suatu yang pelik. Sampai umur akhir 4 tahun Izzul dah tak buat macam tu, jadi sangkaan bahawa dia normal. Penghidap autisme boleh dikesan lebih awal. 4) Kurang respons bila dipanggil Bukan tak ada langsung respons, cuma kurang. Contohnya, panggil tiga kali dia tak toleh. Kali keempat panggil, barulah dia toleh. Kadang-kadang delay sebelum menoleh. Masa tu sangka dia hanyalah distracted dengan benda-benda lain jadi tak mahu pandang. 5) Mengulang cakap Disebabkan perkataan terhad, dia mengulang cakap apa yang didengari. Umur 3 nak masuk 4 tahun, Izzul disuruh berhenti menyusu badan dengan nasihat; 'Izzul dah tak boleh susu, Izzul dah besar'. Dia seolah faham dan senyum tapi hanya rjawab 'besar' sambil sengih-sengih. 6) Perbuatan mengulang Akhir 4 tahun nak masuk 5 tahun, Izzul ada repetitive behaviour. Dia menghenjutkan badan di atas katil atau sofa berulang-kali boleh sampai 10 minit untuk setiap kali sesi. Dia juga hempaskan badan di sofa ke depan dan ke belakang berulang-kali. Apabila tunjuk video kepada Clinical Psychologist, itu memang repetitive behaviour yang dibuat oleh kanak-kanak ASD sebagai stimming. Izzul juga ada mengeluarkan bunyi-bunyian tanpa makna. 7) Tidak memahami mimik muka dan ekspresi orang lain Izzul diminta cium di pipi 'Sini sayang cium mama', sambil letakkan jari ke pipi. Izzul tak faham dan dia tunjukkan jari dia ke pipinya sendiri. Sedari 3 tahun sampai ke 5 tahun dia tak boleh faham. 8)Tidak boleh berada di tempat awam Kenduri, kedai makan, memang Izzul akan menangis tak dapat dipujuk. Tapi dia pun tak boleh nak cakap kenapa dia menangis. Dia hanya menangis tanpa penjelasan. Kalau ditanya kenapa atau mahu apa, Izzul tak boleh menjawab. Ia berlaku dari kecil sampai usianya 5 tahun. Selepas 5 tahun barulah dia boleh bercakap 'I dont want this place'. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI