suria

Sensitif, suka dinosaur... pakar senarai 5 personaliti si kecil, anak anda yang mana satu?

Perhatikan anak anda dan kenali personaliti mereka.

KANAK-KANAK mempunyai pelbagai watak, sikap dan perlakuan yang kadang kala membuatkan ibu bapa pening.

Adakalanya mereka akan memberontak, menjerit mahupun berguling di khalayak sehingga membuatkan anda berasa bimbang untuk membawa mereka keluar ke tempat awam.

Tidak hairanlah sesetengah ibu bapa merasakan mereka tidak memahami personaliti anak-anak meskipun setiap waktu dihabiskan bersama.

Walaupun ada masanya terasa malu dengan sikap anak-anak yang di luar kawalan dan menguji kesabaran, sebagai ibu bapa pastinya anda menyayangi zuriat sendiri bukan?

Bagi segmen Famili kali ini, mStar senaraikan lima cara untuk anda mengenali personaliti anak-anak seperti yang dikongsikan Pengasas Uthman Academy, Mohd Fhais Salim.

bossy

1. Jenis Auditory

Mulutnya sangat petah bercakap dan kadang-kadang susah nak berhenti bercakap, malah kadang kala gemar mengarahkan orang lain serta agak bossy.

Mereka yang tergolong dalam kategori ini sangat suka dan enjoy mendengar lagu, siap hafal lirik!

Namun dikenali sebagai individu yang kuat merajuk serta sering 'sentap' jika anda tersalah cakap. Selalunya mereka gemar bertanyakan soalan pelik secara tiba-tiba.

Boleh dikatakan 30 peratus manusia kategori Auditory Learner mempunyai telinga yang sangat sensitif dan peka pada bunyi-bunyian.

Pun begitu, mereka yang mempunyai sifat begini mudah mengikut cara bercakap yang tidak elok jika dia selalu mendengarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu minta petua rawat anak berkudis, tapi netizen ‘tajam mata’ nampak kuku panjang... Pakar kata tu ‘port’ kuman!

jentera

2. Kenderaan

Secara umumnya, anak lelaki akan lebih menggemari permainan jenis kereta mahupun jentera. Namun terdapat juga anak-anak perempuan yang menjurus ke arah kenderaan.

Kebiasaannya mereka yang memilih mainan seumpama ini mempunyai perwatakan yang kasar, suka aktiviti lasak dan suasana bising.

Mereka juga dikatakan sangat aktif serta jarang berasa penat meskipun sudah bermain seharian.

Malah berperwatakan kuat melainkan mengalami rasa sakit yang tersangat teruk.

dinosaur

3. Dinosaur

Ada kajian yang mengatakan anak yang minat dengan haiwan prehistoric begini mempunyai otak yang bijak.

Tak pelik jika ada kanak-kanak yang boleh menghafal nama-nama dinosaur yang berbelit-belit bukan? Ini kerana memori mereka kuat bahkan boleh alert dengan perbezaan bentuk setiap dinosaur.

Mereka dalam kategori ini mempunyai akal yang panjang terutama apabila ingin meminta anda membelikan mainan baharu.

melukis

4. Melukis

Banyak manfaat jika anak anda suka melukis ya!

Prestasi otak kreatif dia juga akan semakin meningkat jika anda tidak menghalang minatnya.

Malah, melukis juga dapat meningkatkan emotional intelligence anak di samping mengurangkan mereka daripada mengalami stres.

Kesan yang paling baik daripada aktiviti ini adalah, ia mampu meningkatkan self-esteem anak-anak anda.

Jadi kalau nampak anak dah mula menconteng jangan marah ya! Dia gemar melukis sebenarnya.

menyanyi

5. Menyanyi

Pantang dengar lagu, mesti dia pun ingin bernyanyi sekali.

Mereka yang gemar menyanyi ini merupakan seorang yang happy go lucky, mudah terhibur dan senang ketawa kerana tingkah laku ini mempunyai kesan kepada mood booster.

Bagaimanapun, terdapat satu kelemahan mereka iaitu sukar mengingati perihal berkaitan pelajaran walhal lirik lagu berjaya dihafal.

Mengetahui personaliti anak-anak dapat membantu anda mendidik mereka dari akar umbi.

Mengetahui personaliti anak-anak dapat membantu anda mendidik mereka dari akar umbi.

Sebagai ibu bapa yang sering mengikuti perkembangan anak-anak sejak dari dalam kandungan, apa kata anda perhatikan mereka melalui tingkah laku, pemikiran, perasaan dan juga ciri-ciri fizikal yang dipamerkan.

Dengan itu, anda daat memahami personaliti anak dan bersikap lebih terbuka dalam menerima sikapnya di samping dapat mengatur strategi untuk mendidik mereka dari akar umbi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain