suria

Malu bicara punca hubungan intim kaku... tinjauan dedah satu pertiga rakyat Malaysia ‘palsukan’ reaksi di bilik tidur

Durex melancarkan A-Z of Pleasure, permainan yang bertujuan menggalakkan kemesraan melalui perbualan yang jujur. Gambar hiasan

TOPIK berkaitan seks masih menjadi tabu bagi kebanyakan individu.

Bukan sesuatu yang mengejutkan apabila segelintir individu berasa malu untuk membicarakannya walaupun bersama suami atau isteri.

Tinjauan oleh jenama kondom, Durex, mendapati satu daripada tiga warga Malaysia yang aktif secara seksual mengakui seks tidak memberikan kenikmatan, dan satu pertiga pula mendedahkan pernah 'memalsukan' reaksi ketika menjalin hubungan intim bersama pasangan.

Tinjauan juga mendapati 42 peratus daripada golongan dewasa muda Malaysia yang aktif secara seksual tidak selesa bercakap dengan pasangan tentang keperluan seksual suami atau isteri, sekali gus menjadi punca nikmat hubungan intim tidak dialami secara bersama.

ARTIKEL BERKAITAN: Celik mata terus terkam! 6 sebab perlu ajak pasangan berasmara waktu pagi, boleh senyum sepanjang hari

Sedangkan hakikat yang tidak dapat dinafikan, perbincangan secara terbuka atau 'hati ke hati' bersama pasangan mengenai perkara yang disukai atau tidak disukai semasa hubungan intim, sebenarnya dapat mengeratkan hubungan, meningkatkan keinginan dan meningkatkan kesihatan secara keseluruhan.

Cakna dengan situasi ini, Durex melancarkan A-Z of Pleasure, permainan yang bertujuan menggalakkan kemesraan melalui perbualan yang jujur, sambil menghangatkan suasana, sebelum pasangan memasuki bilik tidur.

kad

Permainan kad A-Z Pleasure daripada Durex

Sebagai sebahagian daripada kempen #ComeTogether, Durex mengajak orang dewasa berbincang tentang seks, kenikmatan dan keperluan individu secara terbuka dan tanpa rasa malu sambil menikmati keseronokkan bermain permainan, A-Z of Pleasure.

Bagaimana bermain A-Z of Pleasure?

Ia mengandungi 52 kad, terdiri daripada kad 'Belajar' yang menawarkan perbendaharaan kata yang akan mengembangkan pemahaman pasangan antara satu sama lain, dan kad 'Main' yang menampilkan aksi-aksi nakal untuk dilakukan oleh pasangan. Pasangan akan merombak (shuffle) kesemua kad sebelum diagihkan.

Cara-caranya:

1) Setiap pemain bermula dengan sama ada kad Belajar atau Main di tangan mereka

2) Apabila permainan bermula, mereka masing-masing akan mendedahkan kad secara serentak

3) Jika kad mempunyai huruf atau warna yang sama, pemain pertama yang menjerit 'cheek' akan diberikan sepasang kad

4) Pemain pertama yang berjaya memadankan lima pasangan kad ditentukan sebagai pemenang

5) Pemenang akan dibolehkan memilih tiga pasangan kad yang sepadan untuk 'diterokai' bersama pasangannya.

Menarik bukan? Bukan hanya mengeratkan hubungan malah A-Z of Pleasure membolehkan pasangan mencipta keseronokan dan mengecapi nikmat sebenar hubungan intim.

Untuk maklumat lanjut, layari ke https://www.durex.com.my/.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain