suria

Kuku panjang cantik dipandang, tapi awas bakteria bersarang... Silap-silap boleh bawa maut!

Kajian mendapati ada bakteria paling merbahaya iaitu MRSA pada celah kuku yang panjang.

MENYIMPAN kuku panjang bukan sahaja ditegah dalam Islam, malah ia turut mendapat tentangan pakar perubatan.

Menurut Dr Arisman Wenge Abdul Rahman, amalan itu sememangnya membawa banyak keburukan, khususnya terhadap kesihatan individu.

"Saya nak kongsikan sedikit berkenaan kuku panjang. Bagus atau tak simpan kuku panjang? Panjang sangat atau panjang sikit je boleh tak?

"Jawapan saya dan para pengamal perubatan termasuk ustaz-ustaz mungkin adalah sama iaitu tidak bagus malah boleh membahayakan keselamatan dan kesihatan diri," ujar Pengarah Perubatan Klinik Iris, Shah Alam itu.

Menurut Dr Arisman, banyak kotoran akan terkumpul pada kuku yang panjang, sekali gus membiakkan bakteria yang akan menjejaskan kesihatan tubuh.

"Kuku panjang berpotensi mengumpul kotoran di celah bawah kuku. Walaupun beralasan rajin cuci tangan, itu masih tidak menjamin kuman-kuman itu terlepas dari tempatnya.

1904703

Dr Arisman berkongsi mengenai keburukan menyimpan kuku panjang.

"Ia tidak mudah dihilangkan dengan kaedah cucian tangan biasa. Pengumpulan kotoran ini secara tidak langsung akan membiakkan bakteria berbahaya seterusnya menjejaskan kesihatan tubuh," ujarnya lagi.

Dr Arisman turut berkongsi satu kajian luar negara yang melaporkan penemuan bakteria bahaya iaitu MRSA yang terdapat pada celah kuku panjang.

"Satu study di luar negara pernah melaporkan tentang penemuan bakteria paling merbahaya iaitu MRSA yang terdapat pada celah kuku panjang. MRSA ini perlukan antibiotik yang sangat kuat dan biasanya jangkitan ini boleh menyebabkan kemasukan ke ICU atau boleh membawa maut.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Benda’ nak guna lama... jangan sampai hilang fungsi, berpenyakit! Ini makanan terbaik untuk zakar sihat

"Di Amerika Syarikat (AS) pada tahun 1997, 16 kematian bayi di salah sebuah hospital dilaporkan adalah dikaitkan dengan jangkitan kuman yang dibawa oleh dua orang jururawat yang memiliki kuku panjang," tulisnya dalam perkongsian di Facebook.

Selain amalan menyimpan kuku panjang, Dr Arisman turut menegur perbuatan mewarnakan kuku yang turut menjadi punca pembiakan bakteria serta kuman kulat atau fungal.

"Lagi satu, kebanyakan yang menyimpan kuku panjang juga suka mewarnakan kuku. Sehingga tidak menampakkan ada kekotoran dicelah bawah kuku dan ini menjadi tempat kuman-kuman membiak. Bukan saja bakteria tetapi kuman kulat atau fungal juga banyak tumbuh.

green-gel-nail-extensions-with-gold-foil_181624-59372

Banyak kotoran terkumpul pada kuku yang panjang, sekali gus membiakkan bakteria yang menjejaskan kesihatan tubuh.

"Kuku panjang boleh mencederakan diri. Kerap sekali saya jumpa pesakit yang ada masalah kulit gatal suka menggaru sehingga menyebabkan luka dan luka menjadi jangkitan kuman.

"Ada beberapa kes saya mulakan ubat antibiotik kerana luka akibat garu dengan kuku panjang mereka menyebabkan jangkitan kuman. Ada yang menjadi luka ulser khususnya pesakit diabetes. Tolong berhati-hati," ujar Dr Arisman lagi.

Dalam pada itu, Dr Arisman berkata kuku yang panjang juga berbahaya kepada bayi serta pesakit yang terlantar di hospital.

"Kuku panjang dan tajam sangat bahaya kepada bayi dan anak kecil. Kenapa? Sendiri boleh fikir dengan waras. Kulit bayi masih nipis terutama bahagian wajah. Bayangkan jika secara tak sengaja kuku panjang ibu-ibu terkena pada wajah atau bahagian mata bayi anda?

"Apa akan jadi? Kuku bayi yang pendek saja boleh mencederakan kulit mereka sendiri, apatah lagi kuku ibu-ibu yang panjang berkilat tajam dan menyilau!

"Bahkan dalam wad hospital atau di unit rawatan rapi (ICU), ada jururawat yang akan tolong potong kuku-kuku pesakit yang terlantar di situ kerana tidak mahu berlaku jangkitan silang dalam wad.

"Maka pentingnya para pelawat atau saudara yang datang ke hospital, bawa sekali pemotong kuku dan tolong potongkan kuku pesakit yang diziarahi. Itu sangat membantu," kongsinya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain