suria

Bangun pagi rasa lemau, badan pula tak segar... Semak semula rutin harian demi tidur berkualiti

Terdapat beberapa sebab kenapa anda tetap letih walaupun sudah tidur lebih tujuh jam.

SECARA purata setiap individu akan menggunakan satu pertiga daripada hidupnya untuk tidur.

Justeru tidak dapat dinafikan bahawa tidur adalah rutin penting untuk tubuh badan kita selain makan, minum dan bernafas.

Tidur mungkin kelihatan seperti satu aktiviti di mana tubuh badan sedang berehat tanpa melakukan apa-apa.

Namun sedarkah anda bahawa ketika tidur, tubuh badan kita sedang bekerja keras.

Kekurangan tidur boleh menyebabkan pelbagai masalah dan penyakit pada diri.

Jumlah tidur yang diperlukan berbeza mengikut setiap orang dan ianya juga berpunca daripada beberapa faktor.

Walau bagaimanapun untuk kebanyakan orang dewasa, waktu tidur selama tujuh hingga sembilan jam setiap malam adalah jumlah yang ideal.

Kesan tak cukup tidur:

1. Rasa letih dan lesu yang berlebihan.

2. Sakit kepala pada waktu pagi.

3. Daya ingatan lemah dan susah untuk fokus.

4. Kebimbangan (anxiety) dan kemurungan.

5. Masalah kesihatan kronik seperti obesiti, diabetes dan penyakit jantung

Jaga pemakanan anda untuk mengelakkan daripada masalah tidur.

Namun, bagi sesetengah individu, mereka tetap berasa letih walaupun sudah mendapatkan tidur yang cukup juga berkualiti.

Ada beberapa cara boleh dilakukan untuk mengelakkan daripada masalah keletihan ini walaupun sudah tidur lebih tujuh jam menurut Winner.Spirit:

1. Cipta satu rutin tidur

Jauhkan diri daripada masa skrin satu jam sebelum tidur.

Pastikan bilik anda berada pada suhu sejuk dan gelap.

Elakkan makan makanan pedas dan 'berat' sebelum tidur.

Lakukan aktivti senaman sebagai rutin.

2. Hidrasikan diri selepas bangun daripada tidur

Letakkan segelas air di tepi katil untuk diminum selepas bangun pagi.

Meminum air pada waktu pagi berfungsi untuk bantu penghadaman, keluarkan toksin juga menggalakkan tahap imunisasi seseorang.

3. Jaga pemakanan (diet makanan)

Sebelum tidur, pastikan anda tidak makan secara berlebihan.

Elakkan daripada mengambil kafein, minuman beralkohol dan gula pada waktu malam.

Rehatkan badan dengan meluangkan masa petang anda untuk menulis.

4. Lakukan senaman dalam rutin harian

Badan yang letih selepas aktiviti senaman akan memberi respons baik untuk tidur.

Lakukan senaman ringan atau berjalan 5,000 tapak setiap hari sebagai rutin.

5. Rehatkan badan pada waktu petang

Cuba luangkan masa tidur selama satu hingga dua jam pada waktu siang (nap time).

Luangkan masa petang anda untuk menulis, meditasi, membaca atau mandi air suam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain