suria

Doktor kongsi 9 makanan harian bantu sembuhkan demam dengan cepat, sup ayam salah satu daripadanya

Terdapat 9 makanan dapat membantu anda sembuh demam dengan cepat. (Gambar hiasan)

NEGARA kini sedang melalui fasa peralihan cuaca dari musim hujan ke musim panas.

Perubahan mengejut ini boleh membuatkan badan anda mudah terdedah kepada penyakit seperti selesema dan demam.

Ini kerana imunisasi badan yang sedang tidak stabil membolehkan virus dari luar mudah untuk 'menceroboh' masuk dan melakukan kerosakan.

Demam boleh membuatkan badan tidak bermaya untuk melakukan sebarang aktiviti. -Gambar hiasan

Namun begitu, jangan biarkan demam menghalang rutin dan aktiviti harian anda!

Pengasas For Him Clinic, Dr Ahmad Samhan Awang ada mengemukakan beberapa jenis makanan yang boleh diambil untuk menyembuhkan demam dengan segera.

Ayuh kita lihat dan cuba amalkan jika terkena penyakit ini.

Dr Samhan ada penyelesaian untuk menyembuhkan demam dengan cepat.

1) Teh

Tahu atau tidak bahawa teh boleh melegakan hidung jika terkena selesema.

2) Jus sayur

Jus sayur boleh meningkatkan daya tahan badan kita.

3) Bawang putih

Bawang putih boleh membantu untuk melegakan batuk anda.

4) Pisang

Pisang sangat baik untuk melawaskan perut yang tidak selesa ketika demam.

Pisang boleh membantu melawaskan perut anda dan sangat berguna ketika anda sedang demam. (Gambar hiasan, Freepik)

5) Sup ayam

Sup ayam boleh menghidratkan dan mengandungi nutrisi.

6) Roti bakar

Roti bakar sangat mudah untuk dicerna.

7) Ais krim

Sejuk dan boleh melegakan tekak yang sedang panas dan pedih.

8) Yogurt

Sebenarnya ais krim dan yogurt boleh menenangkan tekak anda.

9) Halia

Halia boleh mengurangkan rasa loya atau muntah.

Namun begitu, jika masalah kesihatan anda masih berterusan selepas mengamalkan langkah-langkah berikut, segera dapatkan rawatan daripada doktor bertauliah di klinik atau hospital. - Dr Ahmad Samhan Awang

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain