suria

Kajian dedah aktiviti seks oral jadi penyumbang terbesar kanser tekak, kes meningkat macam wabak

Seks oral mungkin menjadi faktor terbesar dalam peningkatan kanser tekak di AS. -Gambar hiasan

AKTIVITI seks oral mungkin menjadi faktor terbesar dalam peningkatan kanser tekak di Amerika Syarikat (AS).

Perkara itu dinyatakan oleh profesor di Institut Kanser dan Sains Genomik di Universiti Birmingham, Dr Hisham Mehanna.

Menurut Dr Mehanna, terdapat 'peningkatan pesat' dalam kes kanser tekak sejak dua dekad yang lalu.

Dalam artikel untuk The Conversation, Dr Mehanna berkata kanser oropharyngeal (kawasan tonsil dan belakang tekak) kini menjadi lebih biasa berbanding kanser serviks di AS dan juga United Kingdom (UK).

Menurut laporan Yahoo News, dia turut menyifatkan peningkatan kes ini sebagai satu 'wabak' di kedua-dua negara tersebut.

"Mereka yang mempunyai enam atau lebih pasangan seks oral seumur hidup adalah 8.5 kali lebih berkemungkinan untuk menghidap kanser orofarinks berbanding mereka yang tidak mengamalkan seks oral," ujarnya.

file7pm6t5ddegpolzyzh2b

Kanser tekak kini menjadi lebih biasa berbanding kanser serviks di AS dan UK.

Menurutnya, punca utama kanser ini ialah human papillomavirus (HPV).

HPV merupakan jangkitan seksual yang paling biasa, dengan tiga juta kes baharu di AS setiap tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Hidup sihat selama 21 tahun, tiba-tiba didiagnos hidap kanser paru-paru stage 3! Siswa UiTM rasa terduduk, dunia jadi gelap

"Teori yang ada ialah kebanyakan kita dijangkiti jangkitan HPV dan mampu membersihkan (jangkitan) sepenuhnya.

"Walau bagaimanapun, sebilangan kecil individu tidak dapat menyingkirkan jangkitan, mungkin disebabkan oleh kecacatan pada aspek tertentu dalam sistem imun mereka.

"Pada pesakit tersebut, virus itu dapat mereplikasi secara berterusan, dan dari masa ke masa menyatu pada kedudukan rawak ke dalam DNA hos, yang sebahagiannya boleh menyebabkan sel tuan rumah menjadi kanser," jelasnya.

Menurut Persatuan Kanser Amerika, kes kanser oropharyngeal yang dikaitkan dengan HPV meningkat setiap tahun sebanyak 1.3 peratus pada wanita dan sebanyak 2.8 peratus pada lelaki antara 2015 dan 2019.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain