WARGA maya kecoh apabila seorang lelaki meninggal dunia akibat dipanah petir di Shah Alam, Selangor. Lebih mengerikan, mangsa yang berusia 50 tahun dipanah petir ketika menunggang motosikal ke tempat kerjanya, kira-kira pukul 6.20 petang, 2 Mei lalu. Apa yang akan dilakukan sekiranya anda menjadi saksi kejadian renjatan elektrik atau panahan petir. Portal MyHealth menggariskan empat larangan yang perlu anda tahu sekiranya berdepan kejadian seperti itu. 1. Menghampiri mangsa yang terkena renjatan bervoltan tinggi sehinggalah suis dimatikan sepenuhnya atau ada risiko letupan berlaku. 2. Menyapu ais, mentega, minyak atau sebarang dressing melekat pada luka terbakar. Seorang lelaki maut dipanah petir pada Selasa. 3. Jangan buangkan kulit yang mati atau memecahkan lepuh pada kulit. 4. Jangan sentuh kulit seseorang yang sedang terkena renjatan elektrik. ARTIKEL BERKAITAN: Awas! Ketahui kesan penggunaan telefon bimbit ketika petir Menurut portal itu lagi, komplikasi kepada kecederaan akibat renjatan elektrik/petir merangkumi kecederaan pada kulit, otot, organ dalaman dan sistem saraf. 1. Kulit – Bergantung kepada keluasan kawasan yang terbakar (body surface area) dan di mana ianya berlaku. 2. Otot – Kematian sel otot yang teruk perlu dirawat melalui pembedahan membuang tisu-tisu yang mati malah adakalanya amputasi diperlukan. 3. Organ dalaman – Bergantung pada bahagian organ yang terbakar. Kecederaan sehingga melibatkan organ dalaman biasanya berakhir dengan kematian kerana melibatakan renjatan bervoltan tinggi. 4. Jantung – Serangan jantung jika tidak diberi rawatan serta merta biasanya mengakibatkan kematian. 5. Sistem Saraf – Renjatan elektrik yang menyebabkan kecederaan otak boleh menyebabkan berlakunya kerosakan otak/saraf yang kekal dan mengakibatkan mangsanya mengalami sawan, kelumpuhan, atau perubahan personaliti. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube