INDIVIDU yang memiliki gigi berwarna kuning pastinya kurang keyakinan diri untuk berdepan orang ramai. Jika tidak dijaga dengan baik, karang gigi juga akan terbentuk, sekali gus menimbulkan masalah lain seperti nafas berbau dan sebagainya. Selain mendapatkan rawatan dengan doktor gigi, anda juga boleh mengamalkan petua tradisional dengan dua bahan mudah sahaja. Kombinasi lemon dan garam Lemon biasanya digunakan untuk membuat minuman, namun kombinasi buah itu dengan garam sebenarnya berkesan untuk menghilangkan kesan karat pada gigi. Caranya mudah sahaja. Pertama, campurkan pati lemon dengan garam. Kemudian sapukan campuran dua bahan itu pada permukaan gigi. Namun harus diingat, kaedah ini sebaiknya dilakukan dua kali sebulan sahaja kerana sifat garam yang boleh menghakis enamel pada gigi. Kombinasi lemon dan garam dikatakan boleh membuang karang gigi. Kulit limau putihkan gigi Selain kombinasi lemon dan garam, anda juga boleh mencuba kulit limau untuk memutihkan gigi yang kuning. Jangan buang kulit limau, sebaliknya gunakan ia sebagai pencuci gigi. Caranya, gosok permukaan gigi dengan menggunakan bahagian dalam kulit limau. Ia bukan sahaja memutihkan gigi, malah nafas anda juga akan berbau lebih segar. Manfaat kulit pisang Pisang merupakan buah-buahan yang mudah untuk diperolehi setiap hari. Selepas makan pisang, kulitnya jangan dibuang. Sebaliknya, gosok kulit pisang ke atas permukaan gigi. Ia dikatakan dapat memutihkan gigi kerana mengandungi bahan seperti pottasium dan magnesium. Anda boleh mengamalkan petua ini sekerap yang anda mahu. Yang penting, cuba dulu baru tahu keberkesanannya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube