suria

Seriau tengok bayi masih pakai lampin habiskan semangkuk gulai kaki ayam! Doktor tegur isu obesiti

Dr Kenneth mengulas mengenai isu obesiti menerusi laman TikTok.

PENINGKATAN kadar obesiti di setiap peringkat umur di Malaysia semakin membimbangkan lebih-lebih lagi apabila data bagi orang dewasa yang mengalami masalah berlebihan berat badan di negara ini adalah kedua tertinggi di Asia setakat 2023.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara, Malaysia mencatatkan 29.8 peratus kanak-kanak di bawah umur lima tahun yang mengalami masalah berlebihan berat badan dan obesiti.

Baru-baru ini seorang Pakar Estetik Perubatan, Dr Kenneth Wong mengulas satu video viral memperlihatkan seorang bayi lelaki berusia kurang tiga tahun yang masih mengenakan lampin menghabiskan satu mangkuk gulai kaki ayam bersama sepinggan nasi.

Kata Dr Kenneth, dia berasa sedih apabila melihat bapanya begitu bangga berkongsi video tersebut dan tidak mengawal anaknya daripada makan makanan tidak sihat dan berminyak secara berlebihan.

Makanan segera tidak baik untuk kesihatan kanak-kanak yang sedang membesar. -Gambar hiasan

Mengulas lanjut dalam satu hantaran yang dibuat di TikTok, Dr Kenneth berkata masalah kesihatan bagi anak obesiti itu berkemungkinan tidak dapat dilihat dengan ketara pada usianya muda.

Namun, anak kecil ini bakal berdepan dengan penyakit seperti tekanan darah tinggi juga kencing manis atau diabetes jika pemakanannya tidak dikawal sejak awal.

Lebih parah lagi, kanak-kanak tersebut boleh mengalami masalah kegagalan organ hati kerana tidak dapat berfungsi secara normal dan optimum disebabkan lemak berlebihan di dalamnya.

Keadaan ini dinamakan sebagai penyakit hati berlemak atau istilah saintifiknya Steatosis atau Fatty Liver Disease di mana kandungan lemak di dalam sel hati melebihi lima peratus daripada berat hati yang normal.

Oleh itu, Dr Kenneth menyarankan agar ibu bapa mengambil serius mengenai masalah obesiti dalam kalangan anak-anak mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain