suria

Rasa rimas, banyak sangat pantang larang dalam rumah! Cuba atasi rasa hidup ‘dipenjara’ dengan lakukan 7 perkara ini

Segera dapatkan nasihat pakar sekiranya mengalami tekanan emosi.

RUMAH adalah tempat berteduh dan seharusnya menjadi lokasi paling nyaman untuk didiami.

Namun tidak dinafikan ramai juga yang merasakan kediaman sendiri sebagai 'penjara' hingga mengundang rasa kurang selesa untuk didiami.

Keadaan itu didorong oleh pelbagai faktor seperti peraturan yang sangat ketat, ruang terlalu kecil dan sempit sehingga membuat penghuninya rasa terbatas.

Menurut Public Health Malaysia, terdapat tip yang boleh dilakukan penghuni di sesebuah kediaman untuk mengatasi situasi tersebut.

Lakukan aktiviti luar untuk mendapatkan ketenangan.

1. Komunikasi terbuka

Kongsikan perasaan anda dengan ahli keluarga atau rakan-rakan serumah dengan berbincang isu dan konflik secara terbuka.

2. Menetapkan batasan

Tetapkan batasan dalam rumah untuk memastikan setiap orang mempunyai ruang peribadi sendiri.

3. Dapatkan sokongan

Berhubung dengan rakan, saudara-mara atau kumpulan sokongan untuk sokongan emosi.

4. Lakukan aktiviti di luar rumah

Hobi, senaman, atau aktiviti sosial di luar rumah dapat mengelakkan rasa terkurung di dalam rumah.

5. Menukar susunan atau hiasan

Buat perubahan dalam ruang kediaman anda untuk menjadikannya lebih selesa dan menarik.

6. Positifkan diri

Amalkan rasa syukur dan fokus kepada aspek positif situasi kediaman anda.

7. Dapatkan bantuan profesional

Jika perasaan terpenjara berterusan dan memberi kesan kepada kesihatan mental anda, pertimbangkan untuk mencari terapi atau kaunseling.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain