suria

Hasil ‘wow’ tapi modal rendah bawah RM10! Kaedah ini mampu pulihkan tenaga, hilang rasa lesu

Campuran dua bahan ini mampu merawat masalah kesihatan.

KELETIHAN adalah perkara biasa bagi mereka yang bekerja. 

Namun jika mengalaminya secara berterusan sehingga menjadi lemah dan lesu, pasti membimbangkan. 

Bagi anda yang mengalami simptom sama, cubalah petua yang dikongsikan di laman Facebook Baizura Fauzi. 

Menurutnya, rendaman kaki yang dilakukan menggunakan garam dan lada hitam dapat membantu melancarkan sistem pencernaan. 

“Sebelum ni memang ada masalah kencing tak lawas, Alhamdulillah lepas buat ni dengan izin Allah, lancar dah segala sistem,” katanya. 

Malah amalan tersebut juga membantu mengatasi masalah lutut dan sendi di samping memberikan tidur yang berkualiti. 

Badan anda akan kembali segar bertenaga. 

Bahan-bahan:

2 kg Garam kasar

100 gram Lada hitam 

Cara rawatan:

1. Campurkan kesemua bahan ke dalam besen besar. 

2. Kemudian gaulkan sekata. 

3. Rendam kaki di dalamnya selama 15 minit. 

Tip: Jika buat campuran kering, boleh guna sehingga 30 kali.

Artikel Lain