JIKA ke pasar raya antara perkara yang akan dibeli semestinya kordial jenama F&N yang mempunyai pelbagai perasa seperti Oren, Rose, Rutbir, Sarsaparilla, Laici dan sebagainya. Apatah lagi pada musim perayaan seperti Aidilfitri, kebiasaannya ia menjadi kemestian untuk dibeli, malah pihak pasar raya juga meletakkan kordial itu di bahagian promosi. ARTIKEL BERKAITAN: Miliki 100,000 pengikut IG, Farhatul kongsi ilmu seni taranum, tarik generasi muda cintai al-Quran ARTIKEL BERKAITAN: Berani mencuba! Itu tip kerjaya di lapangan, "Saya terpaksa makan daging ikan paus" - Pengarah Seni Nat Geo Asia Ia bukan sahaja sedap malahah wajah comel kanak-kanak pada botol kordial itu turut menarik perhatian sehingga ia cukup sinonim dengan jenama tersebut. Madihah mendedahkan pada hari penggambaran iklan itu dia tidak berada dalam 'mood' yang baik. Ramai menyangka kanak-kanak perempuan yang bertindak sebagai model produk itu adalah aktres Liyana Jasmay, namun ternyata telahan itu tidak benar. Sebaliknya, si cilik itu sebenarnya Madihah Mohd Firdaus yang kini sudah pun berusia 21 tahun! Kesempatan berbual dengannya baru-baru ini membuka pelbagai cerita mengenai pengalaman ketika sesi penggambaran iklan tersebut pada tahun 2004. Cerita anak jati Kuala Lumpur ini, ketika itu dia baharu berusia lima tahun dan ia job pertamanya sebagai model iklan kanak-kanak. Comel... Kemunculan Madihah sebagai model produk tersebut diingati sehingga ke hari ini. Kata Madihah, dia masih ingat tragedi pada hari penggambaran iklan itu hanya kerana dia tidak mempunyai mood untuk bergambar. "Biasalah budak-budak kan... ada masanya memang langsung tak mahu buat apa-apa bila tiada mood sampai pengarah iklan itu terpaksa pujuk saya. "Saya ingat penggambaran itu terpaksa ditangguhkan seketika untuk tunggu saya ada mood," ceritanya mengimbau kenangan manis itu. Madihah berkata, bapanya Mohd Firdaus Abdul Halim juga terpaksa memujuknya untuk membeli ais krim kegemarannya sekiranya dia bersetuju untuk meneruskan penggambaran. "Bila kenangkan kembali kelakar juga tetapi itu adalah antara saat terbaik dan meninggalkan kenangan sehingga ke hari ini," katanya yang kini sedang menuntut di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Semarak dalam jurusan Diploma Kejuruteraan Mechatronics. Memiliki wajah yang jelita Madihah bagaimanapun tidak berminat menceburi bidang hiburan. Sudah terbiasa dipanggil 'budak F&N' Diusik sama ada dia masih teruja melihat wajahnya sendiri selepas 16 tahun berlalu Madihah berkata, sebelum ini dia berperasaan sedemikian setiap kali ke pasar raya namun kini sudah terbiasa. Kata Madihah, dia sendiri sebenarnya tidak menyangka pihak F&N masih mengekalkan wajahnya pada botol kordial itu selepas sekian lama. "Masa mula-mula dahulu kalau pergi beli barang di pasar raya mesti saya akan teruja kalau nampak kordial itu kerana ada wajah saya. "Tapi sekarang tak rasa apa-apa sangat sebab sudah terbiasa dan ia pun dah lama cuma apabila ada kawan-kawan yang tahu mereka terkejut itu adalah saya sampai mereka panggil saya 'budak F&N'. "Ia juga bukti ramai sukakan kordial itu sehingga orang mengenali wajah kanak-kanak yang ada pada botol itu," katanya yang juga menggemari minuman itu. Madihah bakal seorang jurutera. Tak minat ceburi bidang seni Kemunculannya sebagai model produk itu bagaimanapun kata Madihah adalah kali pertama dan terakhir walaupun selepas itu dia ada mendapat beberapa tawaran lain. Bagaimanapun katanya, dia tidak keberatan untuk menerima sebarang tawaran sebagai model sekiranya ia bersesuaian dengannya pada masa hadapan. "Yang satu itu Alhamdulillah kekal orang ingat sehingga ke hari ini... memang sejak itu saya langsung tak buat sebarang iklan dan meneruskan kehidupan seperti biasa. "Insya-Allah kalau ada tawaran saya tak keberatan untuk terima cuma kalau cabang lain seperti berlakon ke saya tidak akan ambil kerana tiada bakat," ujarnya. Tambah Madihah lagi, tumpuannya kini adalah untuk menyambung pengajiannya di peringkat Ijazah Sarjana dan bercita-cita untuk bergelar seorang jurutera.