suria

Permohonan ditolak 199 kali, Jack Andraka akhirnya bergelar penyelidik... Segalanya bermula apabila kenalan keluarga maut akibat kanser

Ujian diagnostik ciptaan Jack Andraka memenangi hadiah utama Intel International Science and Engineering Fair, satu pertandingan penyelidikan sains pra-kolej terbesar di dunia pada 2012.

SEPERTI remaja aktif yang lain, Jack Andraka juga menggemari aktiviti seperti berbasikal di kawasan gunung, arung jeram atau water rafting dan berkayak.

Manakala dalam bidang akademik, Jack amat menggemari subjek Sains.

Minat Jack dalam bidang tersebut telah membawanya ke pentas dunia apabila memenangi hadiah utama Pesta Sains dan Kejuruteraan Antarabangsa Intel, satu pertandingan penyelidikan sains pra-kolej terbesar di dunia pada 2012.

ARTIKEL BERKAITAN: Dari pereka grafik kini pelukis sepenuh masa, uniknya jejaka Filipina ini beri lukisan percuma sebab mahu lihat orang senyum 

ARTIKEL BERKAITAN: Hilde Back, guru berhati mulia taja pelajar miskin Kenya hingga cetus inspirasi lahirnya dana amal 

Dalam pertandingan itu, Jack membentangkan satu kaedah untuk mengesan kanser pankreas dan kanser lain pada peringkat awal.

Apa yang menakjubkan, pada ketika itu Jack baru berusia 15 tahun!.

Kaedah ujian diagnostik yang dicipta Jack adalah 28 kali lebih pantas, 26,000 kali lebih murah dan lebih 100 kali lebih sensitif berbanding ujian diagnostik semasa.

Mengimbas kembali idea untuk mencipta kaedah ujian tersebut, ia sebenarnya bermula selepas seorang kenalan rapat keluarganya meninggal dunia akibat kanser pankreas.

Dari situ, Jack, yang kini berusia 22 tahun berminat untuk mencipta ujian diagnostik pengesanan awal yang lebih baik untuk penyakit kanser.

Idea Jack Andraka mencipta ujian diagnostik kanser bermula selepas seorang kenalan rapat keluarganya meninggal dunia akibat kanser pankreas.
 

Ketika sedang mengikuti pembelajaran di kelas Biologi, Jack secara diam-diam membaca artikel tentang nanotube ketika gurunya sedang mengajar mengenai antibodi.

Dia menggabungkan kedua-dua idea itu untuk mencipta kaedah ujian pengesanan awal bagi kanser pankreas.

Jack berkata dia menggunakan apa yang diperoleh melalui carian Google dan jurnal sains secara percuma dalam talian (online) untuk membangunkan pelan dan belanjawan.

Dia kemudian menghubungi kira-kira 200 individu termasuk penyelidikan di Universiti Johns Hopkins dan Institut Kesihatan Nasional dan memohon untuk bekerja di makmal mereka.

Beliau terdahulu terpaksa melalui 199 kali penolakan sebelum akhirnya mendapat pengiktirafan daripada Dr Anirban Maitra iaitu Profesor Patologi, Onkologi dan Kejuruteraan Kimia dan Biomolekul di Sekolah Perubatan Johns Hopkins.

Jack bekerja di makmal milik Maitra selepas pulang dari sekolah setiap hari dan pada hujung minggu sehingga dia mengembangkan ujiannya.

Keputusan ujian diagnostik Jack diterbitkan di laman web Society for Science and Public.

Kebolehan Jack membuktikan bahawa seseorang tidak semestinya memerlukan pasukan gergasi, wang berbilion-bilion dolar atau lebih daripada 15 tahun pengalaman hidup untuk melakukan sesuatu yang luar biasa. - BRADARONSON

kanser, kanser pankreas, Jack Andraka

Artikel Lain