suria

"Tutup mata, tarik nafas dan senyum..." - Li Li percaya aroma semulajadi mampu tenangkan kehidupan yang penuh kesibukan

Sabun semulajadi yang dihasilkan Li Li membantu memberi ketenangan kepada pengguna.

HANYA dengan setitis bauan, wanita ini mengambil keputusan untuk mencipta sendiri bauan minyak pati yang dijadikan sabun wangian aroma terapi.

Beberapa tahun lalu, ketika menyambung pengajiannya di Austria, Wong Li Li meluangkan masa lapangnya berjalan-jalan melintasi sebuah gerai yang menjual barangan semula jadi dan ternyata ia telah menarik perhatiannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Demi kelangsungan hidup, coach sado tak malu makan gaji angkut barang di pasar basah

Hanya dengan setitis wangian yang dihidunya di sebuah gerai itu, ia telah mengubah minatnya untuk menceburi bidang perniagaan berasaskan pati semula jadi sebaik sahaja kembali ke Malaysia.

"Bahan-bahannya sangat mudah seperti minyak pati macadamia, minyak pati lavender dan geranium. Saya masih ingat jurujual hanya meletakkan setitis ke tangan saya dan perlahan-lahan mengurutnya.

Li Li meneruskan minatnya mencipta pelbagai bauan sabun menggunakan bahan semulajadi.

"Sensasi hangat ditambah dengan betapa hebatnya telah menjadikan kulit saya lembut dan begitu menenangkan," jelasnya.

Bermula dari situlah, Li Li mencipta campuran minyak pati dan sabun wangian semulajadi sendiri.

Jelas Li Li, dia lebih suka dengan bauan aroma yang menyenangkan kerana ia sesuai untuk membuat sabun kecantikan.

"Misalnya minyak zaitun... Kita sentiasa menggunakannya untuk memasak dan dengan itu juga ia boleh digunakan untuk membuat sabun bagi mencuci badan.

Sabun dihasilkan secara tradisional. Foto: Natural Wellbeing/Soap Artisan

"Minat saya didorong oleh perasaan ingin berhubung dengan alam kerana pada tanggapan saya ada perbezaan antara menggunakan sesuatu yang dihasilkan secara besar-besaran berbanding menggunakan produk membersihkan tubuh serta dapat berhubung dengan alam sekitar," katanya.

Sebelum ini Li Li membuka gerai kecil di Publika, Kuala Lumpur pada 2012, tetapi premis ini tidak lagi beroperasi dan dia kini menumpukan kepada operasi pasaran secara online.

Impiannya adalah untuk memperkenalkan sabun yang dibuat dengan cara yang tradisional menggunakan sumber berkualiti tanpa bahan kimia toksik kepada orang ramai.

"Saya percaya ini adalah pendekatan yang baik untuk membantu seseorang menjadi lebih tenang dalam kehidupan yang penuh kesibukan.

Li Li turut mengadakan bengkel kepada orang ramai yang meminati bidang ini. Foto: Natural Wellbeing/Soap Artisan

"Bauan dari aroma sabun ini mampu menghubungkan secara terus ke otak seseorang itu. Segelintir orang menggunakan bauan ini untuk merasai ketenangan ketika tidur, dan ada juga yang menggunakannya ketika melakukan meditasi dan yoga," ujarnya.

Li Li turut berkongsi resepi cara-cara membuat sabun yang dihasilkannya.

"Saya gembira apabila ada pihak yang mencuba mencipta bauan baharu. Tutup mata, tarik nafas dan senyum kerana bauan ini boleh 'menyentuh' kita.

"Ia boleh menenangkan dan paling penting, hubungan kami bukan sekadar sebagai penjual dan pembeli," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Minyak pati, bauan, aroma, terapi, sabun

Artikel Lain