ARYA Permana kini boleh terseyum lebar selepas usahanya untuk menurunkan berat berat mendatangkan hasil. Remaja berusia 14 tahun dari Karawang, Indonesia ini dianggap sebagai kanak-kanak paling berat di dunia selepas mencatat 151 kilogram. Sebelum ini Arya mengambil makanan sebanyak lima kali sehari, dengan setiap kuantitinya nasi dan kari yang dimakan itu cukup untuk seorang dewasa sepanjang hari. ARTIKEL BERKAITAN: Bebas radang tumit menjelang Aidilfitri, penolong penerbit teruja beli baju raya secara online... Apa rahsianya? Malah dia juga sukar melakukan aktiviti mudah seperti berjalan atau mandi. Arya mencatat berat badan lebih 100 kilogram sebelum memulakan proses pembedahan. Bagaimanapun semua itu sudah berubah apabila timbul keinginan serta motivasi untuk menurunkan berat badan. Melalui prosedur pembedahan, Arya kini kehilangan lebih 90 kilogram berat badannya dan paling menggembirakan remaja ini adalah dia sudah boleh aktif. Dia bakal menjalani pembedahan membuang lebihan kulit di dada, perut di bahagian belakang dan juga lengan. Arya akan menjalani proses pembedahan sekali lagi dan turut dipantau oleh jurulatih peribadi. Lebihan kulit itu menyebabkan Arya malu dan cuba menutup dengan memakai baju lengan panjang. Arya terpaksa menanggung beban lebihan kulitnya itu memandangkan pembedahan seterusnya terpaksa ditanggungkan berikutan penularan wabak Covid-19. Dia menjalani pembedahan pertama daripada empat pelan pada Julai 2019 di Hospital Hasan Sadikin. Selain pembedahan, Arya juga mempunyai jurulatih peribadi yang mengajarnya untuk mengambil makanan seimbang dan melakukan latihan fizikal. Arya menjaga pemakanannya dan kini lebih aktif. Arya yang bercita-cita menjadi pemain bola sepak profesional kini menjadi simbol harapan kepada orang lain. "Menurut ibu bapa Arya, berat badannya 85 kilogram sebelum tahap pemakanannya meningkat naik. "Dia kini sudah hilang berat badannya dengan semangat sendiri. Ini adalah kualiti yang jarang berlaku, lebih-lebih lagi dalam kalangan dewasa. "Namun Arya kini adalah simbol harapan kepada orang lain. Arya boleh hilang berat badan, kenapa kita tidak boleh?" ujar jurulatih peribadinya.-Dailystar Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!