NAMA Malaysia semakin gah apabila enam pelajar mencipta sejarah selepas diterima masuk mengikuti pengajian di Universiti Harvard bagi tahun yang sama. Keenam-enam mereka berjaya mengatasi 61,220 permohonan lain dari seluruh dunia. Atas dasar cintakan negara, anak muda ini memasang niat untuk membawa perubahan sekembalinya mereka dari Amerika Syarikat kelak. ARTIKEL BERKAITAN: Pengiktirafan global bakar semangat... Cikgu Fana bulatkan tekad teruskan perjuangan menyebar ilmu, bantu pelajar hadapi peperiksaan Meluahkan hasrat murni itu, Carisma Michaela Wong, 20, berharap agar satu hari nanti dia dapat memberi cadangan kepada perubahan polisi bagi mengurangkan ketidaksamaan pendidikan untuk masyarakat luar bandar dan komuniti pendatang asing. Bukan sahaja cemerlang dalam akademik, pelajar kacukan Cina, India, dan Kadazandusun dari Tanjung Aru, Sabah ini turut berbakat dalam bidang muzik hingga mendorongnya belajar sendiri bahasa suku kaum berkenaan dan menterjemah lagu-lagu tradisi Kadazan. Carisma turut meminati bidang muzik. Selain itu Carisma turut menjalankan penyelidikan mengenai sejarah Sabah sambil turut mengambil bahagian secara aktif dalam kajian Model Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Dalam pada itu anak jati Pulau Pinang, Herman Leong Xin Yang, 20 menjelaskan bahawa dia juga bercita-cita menjadi ahli pengkaji atau seorang tenaga pengajar apabila pulang ke tanah air. "Tidak kira apa pun laluan yang saya pilih untuk masa depan kelak, saya ingin menyumbang kepada masyarakat... menyediakan generasi muda dengan sesuatu yang mampan," jelasnya. Kata pemuda ini, dia memasang impian untuk menjadi sebahagian daripada orkestra universiti berusia 386 tahun itu, terutamanya orkestra Radcliffe. "Saya bermain kontrabas, dan ingin melakukannya di Harvard," katanya. Harvard merupakan universiti idaman setiap pelajar di seluruh dunia. Cerita Leong, cintanya terhadap 'biola besar' ini bermula apabila dia menyertai pasukan orkestra di SMJK Chung Ling Butterworth. Sebagai seorang pelajar, Leong berkata dia tidak menghabiskan masanya untuk belajar semata-mata. "Saya menganggap diri ini seorang penjelajah dan pengembara dengan minat mendalam terhadap catur, muzik dan biokimia," katanya. Untuk rekod, Leong akan mengikuti pengajian dalam bidang biologi molekul dan selular. Bakal menyertai Leong di Amerika Syarikat ialah Allyssa Yap Xin Yi, 20, dari Kuching, Sarawak. Yap sedang meneruskan pembelajarannya di Singapura di peringkat A-Level. Yap yang mengambil A-level di Singapura dengan tajaan Asean Pre-U Scholarship berkata dia berminat untuk meneroka bidang neurosains dan linguistik. Selain itu anak kelahiran Kuala Lumpur, Lee Ee Jenn,18, berkata, walaupun berharat untuk mendalami ilmu sains sosial, namun dia juga suka meneroka pelbagai bidang lain bermula daripada sastera hingga teknologi. Sebagai salah seorang pendebat terkemuka, dia berazam untuk melakukan perubahan pada masa depan. Selain itu, Chooi Je Qin dan Ishant Shah turut ditawarkan ke Harvard yang menjadi salah satu daripada 10 universiti paling berprestij di dunia tahun ini. Pelajar-pelajar ini tidak sabar untuk menuntut ilmu dan membuat perubahan kepada negara tercinta. Kesemua mereka akan memulakan kelas sarjana pada tahun 2026 dalam pelbagai bidang antaranya astrofizik, biokimia, ekonomi dan dasar awam, politik, dan sosiologi. Sementara itu menurut seorang alumni Universiti Harvard, Wan Nadiah Wan Mohd Abdullah Yaakob, ini adalah kali pertama enam pelajar Malaysia diterima masuk secara serentak berbanding hanya dua pada tahun-tahun sebelumnya. Wan Nadiah turut melahirkan rasa gembira kerana kesemua enam pelajar berkenaan mempunyai sejarah dan latar belakang berbeza selain tidak menjadi terlalu 'tipikal Harvard'. "Kami amat gembira dengan kejayaan enam pelajar Malaysia diterima masuk ke Havard... memecah rekod paling ramai kemasukan pada satu-satu masa setakat ini. "Misi utama Universiti Harvard adalah menyediakan peluang pendidikan yang terbaik kepada pelajar di seluruh dunia tanpa mengira latar belakang," kata Wan Nadiah Wan Nadiah kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TMC Life Sciences Bhd Group dan CEO Hospital Thomas Kota Damansara. - The Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI